Anda di sini

PPM Tawau gagalkan dua cubaan seludup tong LPG

Advertisement
SUSPEK diberkas selepas dikesan membawa muatan 16 tong LPG tanpa dokumen kebenaran membawa muatan terbabit daripada kementerian berkaitan.
SUSPEK diberkas selepas dikesan membawa muatan 16 tong LPG tanpa dokumen kebenaran membawa muatan terbabit daripada kementerian berkaitan.

TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau patahkan dua cubaan menyeludup keluar 24 tong gas petroleum cecair (LPG) ke negara jiran dalam Operasi Landai di sini hari ini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah ACP Mohamad Pajeri Ali berkata dua suspek yang masing-masing berumur 49 dan 31 tahun turut ditangkap di tapak parkir pasar ikan.

“Tangkapan pertama dilakukan hasil serbuan sepasukan PPM Tawau pada jam 5 petang melibatkan sebuah van yang membawa 16 tong LPG,” katanya.

Manakala, tangkapan kedua pula melibatkan sebuah van yang memuat lapan tong LPG pada kira-kira jam 9 pagi di lokasi sama dengan kes pertama (tapak parkir).

Mohamad berkata dalam keterangan lisan kedua-dua suspek, mereka mengaku bahawa kesemua tong LPG terbabit hendak dihantar ke negara jiran, Indonesia.

“Kedua-dua suspek juga gagal menunjukkan surat Pembelian Barang Kawalan Berjadual dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Berikutan itu, kedua-dua suspek, kenderaan dan muatan mereka dibawa ke Pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan yang dilakukan itu dianggarkan berjumlah kira-kira RM27, 600 dan siasatan dibuka mengikut Akta Kawalan Bekalan 1967.

Mengulas lanjut, beliau berkata kejayaan serbuan di dalam operasi terbabit dicapai hasil daripada maklumat yang disalurkan oleh Unit Risikan Marin PPM Tawau.

  • oleh
  • Advertisement