Anda di sini

JKDM dalam proses dapatkan 76 mesin pengimbas

Advertisement
SUBROMANIAM (kanan) bersama Arunarnsin, Madrim serta peserta kayuhan amal JKDM berlepas memulakan kayuhan di Padang Merdeka pada Sabtu.
SUBROMANIAM (kanan) bersama Arunarnsin, Madrim serta peserta kayuhan amal JKDM berlepas memulakan kayuhan di Padang Merdeka pada Sabtu.

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang mendapatkan 76 mesin pengimbas yang akan digunakan di pelabuhan dan lapangan terbang seluruh negara.

Ketua pengarahnya Datuk Subromaniam Tholasi berkata mesin terbabit mampu mempercepatkan proses pemeriksaan jabatannya terutama di kawasan pelabuhan.

“Kita kini dalam proses pemerolehan sebanyak 76 mesin pengimbas secara langsung tanpa membuka kontena atau bungkusan bagi pemeriksaan kandungan di dalamnya.

“Keupayaan ini bukan sahaja boleh mempercepatkan proses pemeriksaan malah membantu pegawai kita mengenalpasti penyeludupan barangan atau barangan yang dikenakan cukai,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menyempurnakan pelepasan kayuhan amal Kastam di Padang Merdeka di sini pada Sabtu.

Turut Hadir Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Arunarnsin Taib dan Timbalan Pengarah JKDM Sabah Datuk Madrim Tasan.

Subromaniam berkata Sabah bakal menerima tujuh mesin pengimbas yang akan ditempatkan di Pelabuhan Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

“Kita juga akan menempatkan mesin pengimbas di lapangan terbang untuk memeriksa bagasi serta pemeriksaan badan penumpang,” katanya.

Pada November tahun lalu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan JKDM perlu menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh terhadap barangan yang dibawa masuk ke negara ini dan bukan secara rawak.

Dalam pada itu hasil kutipan dari acara amal itu akan disumbangkan kepada Sekolah Pendidikan Khas Kurnia Kasih di sini.

“Kita berjaya mengumpul kita-kira RM60,000 dari acara yang disertai lebih seribu peserta,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement