Anda di sini

Dua kontraktor disambung reman, lapan dibebaskan dengan jaminan

Advertisement
SEBAHAGIAN dari suspek semasa memasuki kamar Majistret sebelum prosedur ikat jamin dilaksanakan pagi Sabtu.
SEBAHAGIAN dari suspek semasa memasuki kamar Majistret sebelum prosedur ikat jamin dilaksanakan pagi Sabtu.

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini memutuskan untuk menyambung tahanan reman terhadap dua daripada 10 kontraktor berhubung kes mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan tender projek daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Kedua-dua suspek terbabit ditahan reman selama empat hari sehingga 23 Januari atas permohonan Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Faliq Basirudin di hadapan Majistret Stephenie Sharron Abbie.

Suspek masing-masing berumur 32 dan 59 tahun itu ditahan reman mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Faliq berkata lanjutan tahanan reman terbabit dilakukan berikutan terdapat beberapa perkara lagi yang masih perlu disiasat berkaitan kes itu.

Sementara itu lapan daripada suspek yang ditahan reman pada Rabu dibebaskan dengan dua penjamin tempatan.

Beliau berkata salah seorang suspek yang juga kakitangan kerajaan dibebaskan tanpa penjamin manakala tujuh yang lain dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM8,000 seorang.

Kesemua suspek turut dikehendaki untuk melaporkan diri kepada pihak SPRM sebulan sekali.

Suspek bagi kes sama di beberapa daerah termasuk Lahad Datu, Sandakan dan Tawau masih ditahan dan siasatan masih dijalanakan.

  • oleh
  • Advertisement