Anda di sini

Pisau dipercayai digunakan dalam kes pembunuhan dijumpai di Sekama

Advertisement
Suspek dibawa ke lokasi penemuan pisau dipercayai senjata digunakan dalam satu kes pembunuhan.
Suspek dibawa ke lokasi penemuan pisau dipercayai senjata digunakan dalam satu kes pembunuhan.

KUCHING: Sebilah pisau dipercayai senjata yang digunakan dalam kes pembunuhan seorang lelaki di Lorong Dusun, Jalan Ong Tiang Swee Selasa lepas berjaya dijumpai di dalam parit di belakang sebuah kedai makan di Sekama, di sini.

Sekumpulan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bersama pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak tiba di lokasi kira-kira 10.30 pagi.

Difahamkan penemuan senjata tersebut susulan penangkapan seorang lelaki disyaki suspek utama kes berkenaan pada Rabu lepas.

Polis turut membawa seorang suspek ke lokasi.

Ketua JSJ Sarawak SAC Denis Leong yang ditemui di lokasi memberitahu seramai enam suspek telah ditangkap berhubung kes tersebut yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement