Anda di sini

Pilihan raya Congo: SADC gesa diadakan kiraan semula

Advertisement
 Penyokong Fayulu membawa poster sebelum perhimpunan politik berlangsung di Kinshasa, Congo, pada 11 Januari lepas. — Gambar Reuters
SOKONGAN PADU: Penyokong Fayulu membawa poster sebelum perhimpunan politik berlangsung di Kinshasa, Congo, pada 11 Januari lepas. — Gambar Reuters

KINSHASA: Komuniti Pembangunan Afrika Selatan (SADC) menggesa Congo mengadakan kiraan semula untuk pilihan raya presiden susulan calon yang tewas mendakwa terdapatnya unsur penipuan.

Pilihan raya pada 30 Di-sember itu menandakan pemindahan kuasa secara demokratik buat julung kali di Congo sejak merdeka 59 tahun lalu dan bermulanya era baharu selepas 18 tahun pemerintahan Presiden Joseph Kabila yang hura-hara.

Keputusan pilihan raya itu dicabar oleh Martin Fayulu dengan mengatakan beliau sepatutnya memenangi pemilihan itu dan bukan pemimpin pembangkang, Felix Tshisekedi. Tshisekedi dituduh berpakat dengan Kabila agar memberikannya kemenangan.

Gereja Katolik Congo yang memantau proses pilihan raya mengatakan keputusan yang diumumkan Suruhanjaya Bebas Pilihan Raya (CENI) berbeza dengan jumlah undi yang dikumpulkan.

Menurut data Lamuka, Fayulu memperoleh 61 peratus undi berbanding Tshi-sekedi yang sebenarnya hanya mendapat 18 peratus undi namun diumumkan sebagai pemenang.

“Kiraan semula perlu untuk keadilan pihak yang menang dan kalah,” kata SADC dalam satu kenyataan.

Pemimpin pembangkang Congo, Tshisekedi diumum pemenang pada 10 Januari lalu dengan mendapat lebih 7 juta undi, atau 38 peratus. — Bernama

Advertisement