Anda di sini

Suspek miliki 24 paket syabu, senjata berbahaya ditangkap

Advertisement
SUSPEK ditangkap bersama dadah yang dirampas polis.
SUSPEK ditangkap bersama dadah yang dirampas polis.

KOTA KINABALU: Polis berjaya menangkap seorang suspek yang memiliki 24 paket dadah jenis syabu serta senjata berbahaya iaitu 'buku lima'.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek ditangkap dalam satu Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah di sini pada jam 4.30 petang 12 Januari hingga 2.30 pagi 13 Januari.

"Dalam operasi itu, polis juga berjaya menangkap seramai 17 orang (termasuk suspek memiliki syabu) atas pelbagai kesalahan.

"Dalam operasi ini, seramai 72 orang diperiksa dan berjaya menangkap 17 orang termasuk 13 pendatang tanpa izin. Tiga orang daripada tangkapan itu didapati positif ujian urin," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, operasi telah dijalankan di enam lokasi di sekitar Kota Kinabalu antaranya Bandaraya, Sembulan, Likas, Tanjung Aru, Inanam dan Telipok.

Katanya, operasi itu telah memakan masa selama 10 jam dengan bantuan daripada agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, APM, Rela dan DBKK.

"Tumpuan lokasi operasi yang jalankan adalah kawasan bandaraya yang mana, kadar pertumbuhan pendatang tanpa izin (PTI) mengundang kepada kegiatan jenayah di daerah ini.

"Anggaran umur tangkapan adalah dalam lingkungan 4 hingga 45 tahun," katanya.

Menurutnya, tangkapan PTI akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Tangkapan kes jenayah narkotik disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 12(2) akta yang sama. Selain itu, kes melibatkan senjata akan disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Habibi berkata, operasi seumpamanya akan diteruskan pada masa kana datang. Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada balai polis berhampiran atau melalui medium media sosial seperti Facebook Polis Kota Kinabalu.

"Ia penting dalam usaha kita membanteras jenayah, PTI, dadah dan gejala sosial negatif di daerah ini," katanya.

  • oleh
  • Advertisement