Anda di sini

Rundum bakal usaha ternakan lembu

Advertisement
JAMAWI (tengah) ketika diberikan taklimat oleh syarikat berkenaan.
JAMAWI (tengah) ketika diberikan taklimat oleh syarikat berkenaan.

KEMABONG: Sebuah syarikat dari Kuala Lumpur menyatakan minat untuk melabur dalam industri ternakan lembu di Kampung Rundum, di sini.

Minat itu dizahirkan menerusi lawatan kerja dan taklimat Syarikat Multinational BeefVelley Consortium Berhad yang diketuai oleh Feriz Omar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar.

Menurut Jamawi, syarikat berkenaan berminat melabur di Sabah khususnya di Kg Rundum kerana potensi, lokasi dan insentif yang disediakan oleh kerajaan.

"Saya difahamkan syarikat ini akan menjalin kerjasama dengan menggunakan teknologi dari negara Jepun dan hasilnya nanti akan dieksport ke negara berkenaan," katanya ketika ditemui selepas sesi taklimat di Pejabat Daerah Kecil Kemabong.

Beliau difahamkan daging lembu Waghu boleh mencapai harga pasaran di Jepun sehingga RM2,000 sekilogram dan yakin sekiranya projek itu berjaya direalisasikan, ia akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya anak-anak muda di Kemabong dan Tenom.

"Proses rundingan akan diteruskan sebelum menandatangani perjanjian untuk memulakan pelaburan ini di mana ia melibatkan banyak pihak sebelum dapat dilaksanakan," katanya.

Sebagai wakil rakyat di kawasan itu, jamawi sentiasa mencari idea untuk memaju dan meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat di kawasan itu.

"Selain memajukan kawasan ini sebagai destinasi pelancongan yang kini mula dikenali dan dikunjungi, sektor pertanian juga antara fokus utama untuk dimajukan di kawasan ini sebagai penjana taraf sosio ekonomi rakyat setempat," katanya.

  • oleh
  • Advertisement