Anda di sini

Peserta tarian naga, singa dan Unicorn Tahun Baharu Cina terus bertambah

Advertisement

KOTA KINABALU: Gabungan Persatuan Masyarakat Cina Sabah Kota Kinabalu (USCCAKK) telah menganjurkan Festival Tarian Naga, Singa dan Unicorn Tahun Baharu Cina selama lebih daripada 30 tahun.

Presiden USCCAKK, Datuk Susan Wong Siew Guen berkata, sejak dianjurkan dari masa ke masa, bilangan peserta kumpulan yang mengambil bahagian berkembang dari kira-kira 10 pasukan pada awal tahun penganjurannya kepada lebih daripada 100 pasukan.

“Pada masa yang sama Pameran Budaya Kampung telah memasuki tahun keenamnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai Jawatankuasa USCCAKK mengadakan kunjungan horamt ke atas Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Jimmy Wong, Pembantu Menteri Kewangan Kenny Chua dan Pembantu Menteri Perdagangan dan Perndustrian Ben Chong untuk menjemput mereka menghadiri Festival Tarian Singa, Naga dan Unicorn Tahun Baharu Cina dan Pameran Budaya Kampung pada 19 Januari.

Susan berkata, pameran itu akan memaparkan pastri dan teh Tahun Baharu Cina yang disediakan oleh 15 persatuan klan di bawah USCCAKK.

Selain itu, persatuan akan mengambil bahagian dalam pertandingan cheongsam dan Tang.

Susan mengucapkan terima kasih kepada ketiga-tiga pembantu menteri berkenaan di atas sokongan mereka terhadap acara tersebut.

Beliau juga menggesa warga Kota Kinabalu untuk membawa keluarga mereka ke festival itu dan Pameran Budaya Kampung pada 19 Januari.

Sementara itu, Jimmy, Chua dan Chong memuji USCCAKK di atas ketekunan dan usaha dalam mempromosikan dan memelihara budaya tradisional Cina di Sabah. Mereka juga bersetuju untuk menghadiri acara tersebut.

Kunjungan hormat itu turut dihadiri Timbalan Presiden USCCAKK, Datuk Chua Soon Ping.

Advertisement