Anda di sini

Juragan suspek seludup tong LPG ke negara jiran ditangkap

Advertisement
PPM Semporna merampas 25 tong LPG dari atas sebuah bot yang dijuragani seorang pemuda tempatan kerana disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran.
PPM Semporna merampas 25 tong LPG dari atas sebuah bot yang dijuragani seorang pemuda tempatan kerana disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan seorang juragan yang disyaki cuba menyeludup keluar tong gas petroleum cecair (LPG) ke negara jiran.

Kejayaan itu susulan penahanan suspek, lelaki tempatan, 25, yang membawa 25 tong LPG di kawasan laut Sum Sum, di sini, kira-kira jam 12.50 tengahari Sabtu.

Komander ACP Mohamad Pajeri Ali berkata tindakan menahan bot yang dipandu suspek dilakukan susulan maklumat yang disalurkan oleh Unit Risikan Marin (URM).

“Hasil maklumat URM, Botronda RH7 PPM Semporna berjaya mengesan sebuah bot mencurigakan sebelum pemeriksaan dijalankan,” katanya di sini pada Ahad.

Pajeri berkata pemeriksaan itu membawa kepada penemuan tong-tong LPG Petronas tanpa dokumen kebenaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Menurutnya, kesemua barang rampasan termasuk enjin sangkut berkapasiti 15 kuasa kuda, bot dan satu unit jerikin minyak petrol dianggarkan bernilai RM15,550.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk tindakan lanjut dan siasatan dibuka mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement