Anda di sini

Sebuah rumah musnah dalam kebakaran

Advertisement
RUMAH dan kenderaan musnah terbakar dalam kejadian itu.
RUMAH dan kenderaan musnah terbakar dalam kejadian itu.

LAHAD DATU: Sebuah rumah jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Segangan Dua, Tungku, pada malam Jumaat.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu, Darren John, kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 malam itu telah memusnahkan 100 peratus rumah berkeluasan 40x50 kaki persegi, sebuah kereta pacuan empat rodan dan sebuah van.

"Pasukan bomba telah bertindak melakukan pemadaman dan membuat pemeriksaan di kawasan terbakar bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain.

Tiada kecederaan mangsa dilaporkan," katanya dalam kenyataannya di sini hari ini (Sabtu).

Panggilan diterima jam 8.20 malam, api padam jam 9.06 malam dan operasi tamat jam 10.22 malam.

Seramai lapan anggota yang diketuai pegawai Abu Bakar Taraji bergegas ke lokasi menggunakan sebuah jentera pemadam FRT dan EMRS.

Pasukan turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela Silabukan.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement