Anda di sini

Kerajaan sedia bantuan untuk mangsa kebakaran

Advertisement
SHAFIE
SHAFIE

KENINGAU: Kerajaan negeri akan menyediakan bantuan yang sewajarnya kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih Putatan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal berkata, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca yang mengakibatkan kebakaran terbabit.

Bagaimanapun katanya, pihak berkaitan juga perlu memastikan kejadian seumpama itu tidak akan berlaku terutamanya pada musim panas sekarang.

"Jabatan Meteorologi turut menjangkakan keadaan cuaca panas ini akan berlanjutan dalam tempoh tiga hingga empat bulan.

"Justeru, kita perlu berhati-hati untuk mengelak apa sahaja yang boleh membawa kepada kebakaran," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, pembuangan puntung rokok dan penyambungan bekalan elektrik secara haram antara tindakan yang boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, sebanyak 55 buah rumah musnah dengan anggaran keluasan empat hektar selepas terlibat dalam kebakaran terbabit.

  • oleh
  • Advertisement