Anda di sini

Kerajaan GPS terbuka terima aduan, masalah rakyat

Advertisement
 Dr Abdul Rahman (depan, kanan) menyerahkan bendera GPS kepada Sufian (depan, kiri) sambil disaksikan Rentap (tengah) bersama kenamaan lain di Limbang semalam.
JELAJAH SARAWAK: Dr Abdul Rahman (depan, kanan) menyerahkan bendera GPS kepada Sufian (depan, kiri) sambil disaksikan Rentap (tengah) bersama kenamaan lain di Limbang semalam.

LIMBANG: Kerajaan di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa terbuka menerima aduan dan permasalahan dihadapi rakyat.

Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail berkata, pendekatan lebih inklusif akan dipraktikkan untuk terus mendekati rakyat melalui penubuhan GPS di Sarawak.

“Kita sentiasa mendekati rakyat dan terbuka menerima aduan dan permasalahan dalam menangani segala isu dihadapi rakyat khususnya di Limbang.

“Permasalahan ini cuba ditangani sebaik mungkin melalui pusat khidmat kita dan melalui peranan agensi kerajaan berkaitan,” katanya kepada media selepas Program Jelajah Bendera GPS 2019 anjuran GPS Negeri di Dewan Suarah Limbang semalam.

Turut hadir Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting, ketua rombongan Gerald Rentap Jabu, Ketua Pemuda PBB Bukit Kota Kaunselor Sufian Mohat dan tetamu lain.

ADUN Bukit Kota itu berkata melalui semangat GPS, Sarawak dimajukan sekali gus mencapai negeri termaju pada 2030.

Jelasnya, GPS dipimpin Ketua Menteri Datuk Pating-gi Abang Johari Tun Openg mempunyai perancangan rapi untuk membangunkan Sarawak.

“Malah, Sarawak dipimpin Abang Johari juga mempu-nyai perancangan pentadbiran kewangan kukuh.

“Peruntukan besar disalurkan membangunkan negeri ini termasuk di utara Sarawak,” katanya.

Menurutnya, sebagai sebuah entiti baharu berdaftar di bawah gabungan parti-parti politik kelahiran Sarawak, falsafah perjuang hak dan kepentingan negeri ini dite-ruskan.

“GPS meneruskan usaha membangunkan negeri ini sekali gus merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar.

“GPS membenarkan rakyat Sarawak lebih bebas membuat keputusan sendiri dalam hal melibatkan kepentingan rak-yat dan negeri ini,” katanya.

Hampir 1,000 penyokong GPS hadir pada program itu.

Sementara itu, hadirin bertafakur seketika bagi memperingati pemergian bekas Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem yang meninggal dunia pada 11 Januari 2017.

Limbang menjadi destinasi kedua pengenalan pertubuhan politik anak tempatan itu.

Pengenalan logo dan lagu GPS dilaksanakan menerusi siri jelajah seluruh negeri selain penyerahan bendera.

Selain Lawas dan Limbang rombongan jelajah turut berkunjung ke Miri, Bintulu, Mukah, Selangau, Sibu, Kapit, Sarikei, Betong, Sri Aman, Balai Ringin, Serian, Siburan, Bau, Lundu, Asajaya dan akhirnya di Sadong Jaya.

Terdahulu, Sebastian berkata jelajah tersebut diadakan untuk memperkenalkan logo dan lagu GPS seterusnya menyerahkan bendera di setiap destinasi hentian.

Menurutnya, kemuncak jelajah adalah pelancaran GPS pada 19 Januari ini yang bakal disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat Sarawak dapat memberi sokongan kepada politik baharu diterajui parti anak tempatan itu.

  • oleh
  • Advertisement