Anda di sini

Xi harap AS-Korea Utara ‘dapat bertemu separuh jalan’

Advertisement
 Skrin televisyen menunjukkan rakaman media kerajaan China CCTV bagi pertemuan Kim dengan Xi, di sebuah kedai elektronik di Beijing, China pada Khamis. — Gambar Reuters
HUBUNGAN ERAT: Skrin televisyen menunjukkan rakaman media kerajaan China CCTV bagi pertemuan Kim dengan Xi, di sebuah kedai elektronik di Beijing, China pada Khamis. — Gambar Reuters

BEIJING: Presiden China Xi Jinping memberi sokongan padu kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dalam rundingan nuklear yang buntu dengan Amerika Syarikat (AS) dan menegaskan semula peranan penting Beijing dalam proses yang lebih luas, menurut media kerajaan kedua-dua negara sekutu itu pada Khamis.   

Kim melawat Beijing dengan menaiki kereta api pada minggu ini untuk rundingan selama dua hari dengan Xi yang dilihat sebagai satu sesi strategi sebelum sidang kemuncak kedua diadakan antara pemimpin Korea Utara itu dengan Presiden AS Donald Trump.

Pada pertemuan pertama mereka di Singapura pada Jun tahun lepas, Kim dan Trump menandatangani satu dokumen yang tidak jelas dengan Kim dengan ikrar untuk bekerja ke arah “pemansuhan senjata nuklear di semenanjung Korea”.

Namun sejak itu kemajuan tergendala apabila Pyongyang dan Washington tidak sependapat mengenai maksudnya.

Korea Utara mahukan perlepasan daripada pelbagai sekatan yang dikenakan ke atasnya berhubung program misil balistik dan senjata nuklear yang dimilikinya, manakala AS pula mahukannya terus dikuatkuasakan sehingga Korea Utara menye-rahkan senjatanya – sesuatu yang belum dijanjikan secara terbuka oleh Pyongyang.

China juga mahukan sekatan dilonggarkan dan Xi berkata ia “harap DPRK dan AS dapat bertemu separuh jalan” menurut agensi berita kerajaan China, Xinhua, sambil menggunakan singkat rasmi bagi nama Korea Utara.

Beliau “memuji langkah positif yang diambil oleh pihak DPRK”, tambahnya.

Korea Utara menjalankan enam letupan nuklear dan melancarkan misil yang ber-upaya sampai ke seluruh AS tetapi tidak menjalankan ujian sedemikian selama lebih setahun dan meletupkan pintu masuk sebuah tapak ujian nuklear yang menurutnya tidak diperlukannya lagi.

Kim pernah menyatakan negaranya sudah selesai membangunkan senjata nuklear dan Pyongyang menolak permintaan bagi apa yang ia sebut sebagai pelucutan senjata “sehala” yang dianggapnya sebagai “ala gengster”.

China merupakan satu-satu-nya sekutu utama, penyokong diplomatik utama dan rakan dagangan penting Korea Utara, dengan tentera yang memainkan peranan penting untuk mempertahankannya dalam Perang Korea 1950-53.

Hubungan antara China dan Korea Utara merosot sejak beberapa tahun lalu ekoran aktiviti nuklear Pyongyang, tetapi hubungan dipercayai sudah pulih, dan Kim berjumpa dengan Xi tiga kali pada tahun lepas untuk memberi penghormatannya dan memaklumkannya tentang perkembangan.

Kim “menimbulkan kebimbangan mengenai kebuntuan yang diwujudkan dalam proses untuk menambah baik hubu-ngan AS-DPRK dan dalam rundingan pemansuhan nuklear”, kata agensi berita rasmi Pyongyang, KCNA.

Ia berkata pemimpin China itu telah mengeluarkan soko-ngan yang padu kepada pen-dirian Korea Utara.

“Xi Jinping berkata isu sahih yang dibangkitkan oleh DPRK adalah tuntutan se-wajarnya dan beliau bersetuju sepenuhnya bahawa kepen-tingan DPRK yang munasabah seharusnya diselesaikan secara adil,” katanya.

Setiap daripada pertemuan antara Kim dan Xi sebelum ini diadakan sejurus sebelum atau selepas sidang kemuncak yang diadakan oleh pemimpin Korea Utara itu dengan Trump mahukan Presiden Korea Selatan Moon Jae-in.

Xi menegaskan semula kepentingan China dalam proses diplomatik di sekitar semenanjung Korea, kata Xinhua, yang memetiknya sebagai berkata Beijing bersiap sedia untuk “memainkan peranan positif dan membina dalam memelihara keamanan dan kestabilan dan mereali-sasikan pemansuhan nuklear di semenanjung Korea serta kestabilan dan keamanan yang berkekalan di rantau ini”.

Terdapat “peluang bersejarah yang amat jarang sekali diperolehi” bagi penyelesai-an politik di semenanjung Korea, tambahnya, dan China “menyokong DPRK dan AS untuk mengadakan sidang kemuncak dan mencapai hasil”.

Xi menyambut Kim di Dewan Agung Rakyat di Beijing pada Selasa lepas – dipercayai pada hari jadi pemimpin Korea Utara itu.

Xi dan isterinya Peng Li-yuan mengadakan bankuet sambutan untuk Kim dan isterinya Ri Sol Ju dan mereka menonton satu pertunjukan kesenian bersama-sama, me-nurut Xinhua.

Kim melawat sebuah kilang farmaseutikal yang membuat ubat-ubatan tradisional China pada Rabu dan berjumpa dengan Xi sekali lagi untuk makan tengah hari di sebuah hotel sebelum beliau pulang ke Korea Utara dengan menaiki kereta api. — AFP

Advertisement