Anda di sini

Menteri Luar Australia lawat Thailand di tengah-tengah kes gadis Arab Saudi minta suaka

Advertisement
 Payne bercakap di kedutaan Australia di Bangkok, Thailand, pada Khamis. — Gambar Reuters
TEMU BUAL: Payne bercakap di kedutaan Australia di Bangkok, Thailand, pada Khamis. — Gambar Reuters

BANGKOK: Menteri Luar Australia Marise Payne berjumpa dengan rakan sejawatannya di Thailand pada Khamis, ketika negaranya dipercayai akan menawarkan suaka kepada seorang gadis Arab Saudi yang lari daripada keluarganya ke Thailand dalam drama yang disampaikan dalam masa sebenar menerusi Twitter.

Cubaan Rahaf Mohammed al-Qunun untuk lari dari negara ultra-konservatif itu telah menjadi satu isu utama bagi kumpulan hak asasi manusia sejak gadis berusia 18 tahun itu mendarat di Bangkok dari Kuwait pada hujung minggu lepas.

Pihak berkuasa Thai meng-ugut untuk menghantarnya pulang tetapi dengan bantuan aktivis, diplomat dan akaun Twitter yang dibuka dengan cepat, Qunun melancarkan kempen yang bersemangat untuk mendapatkan suaka.

Apabila minat global melonjak, pihak berkuasa Thai berundur daripada ancaman deportasi, dan menyerahkannya kepada penjagaan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) di Bangkok, yang telah menggesa Australia untuk menawarkan penempatan semula.

Lawatan Payne diadakan selepas Canberra memberi bayangan yang kuat bahawa ia akan menerima Qunun.

Australia pada Rabu berkata UNHCR sudah meneliti kesnya dan mengesahkannya sebagai seorang pelarian sahih.

Qunun mendakwa dia didera oleh keluarganya, manakala kumpulan hak asasi manusia juga berkata dia sudah menolak Islam, sekali gus berisiko menghadapi pendakwaan di negara konservatif Arab Saudi.

Bapanya, yang menafikan memberi layanan buruk kepadanya, akan terus kekal di Bangkok “sehingga dia tahu negara mana yang dia akan kunjungi”, kata ketua polis imigresen Thailand, Surachate Hakparn, kepada pemberita pada Khamis.

Kedutaan Arab Saudi di Bangkok menyatakan ia tidak menuntut deportasi remaja itu dan kes itu adalah satu urusan keluarga.

Arab Saudi telah dikritik sejak pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi dalam konsulat negara itu di Istanbul pada tahun lepas.

Dalam satu kenyataan sebelum beliau melakukan lawa-tan, Payne tidak menyebut tentang kes Qunun.

Namun beliau berkata beliau akan melobi untuk kepulangan bekas pemain bola sepak negara Bahrain, Hakeem Alaraibi, yang diberi status pelarian di Australia selepas dia melarikan diri setelah revolusi ‘Arab Spring’ berlaku.

Dia dikehendaki di Bahrain atas tuduhan yang ada kaitan dengan rusuhan, yang dia nafikan.

Alaraibi ditahan di Bangkok pada November lalu ketika dia cuba bercuti bersama isterinya.

Kes Qunun menghidupkan semula minat terhadap nasib pemain bola sepak itu, yang berada dalam tahanan sejak dia tiba di Thailand.

“Pihak berkuasa Thai me-lakukan perkara yang betul bagi seorang gadis Arab Saudi apabila mereka bersetuju untuk tidak mengusirnya dan berikrar untuk menghormati keluhuran undang-undang,” kata Pengarah Australia dalam Human Rights Watch, Elaine Pearson, pada Khamis.

Namun ia juga perlu menye-dari bahaya yang dihadapi Alaraibi, tambahnya.

Thailand, yang tidak menandatangani kod Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu me-ngenai melindungi hak pelari-an, berulang kali berdepan dengan kritikan pedas kerana menahan atau menghantar pulang orang dengan tuntutan suaka ke rejim yang menindas rakyat. Australia juga telah diselar kerana mengusir pendatang, yang cuba tiba dengan menaiki bot, ke kem-kem pulau luar pantai.

Media sosial dipercayai memainkan peranan penting dalam usaha membantu Qunun mengelak daripada dihantar pulang kepada keluarga yang dia tuduh menderanya.

Dalam masa tidak sampai seminggu, Qunun – dan penyokong yang membantu mengurus akaun Twitternya – sudah memperolehi 124,000 pengikut.

“Jangan biarkan sesiapa untuk mematahkan sayap anda, anda adalah bebas,” dia tweet lewat Rabu. “Berjuang dan dapatkan hak anda!” — AFP

Advertisement