Anda di sini

Kekurangan lori, tong sampah punca sampah lewat diangkat

Advertisement
FAWZI (dua kanan) bersama Keven serta ahli jawatankuasa AMK cabang Beaufort ketika mengadakan lawatan ke rumah sampah yang sudah dibersihkan.
FAWZI (dua kanan) bersama Keven serta ahli jawatankuasa AMK cabang Beaufort ketika mengadakan lawatan ke rumah sampah yang sudah dibersihkan.

BEAUFORT: Kekurangan tong dan lori pengangkut sampah antara penyebab longgokan sampah lambat diangkat ke pusat pelupusan sampah di Kampung Muhibbah daerah ini.

Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Beaufort Mohd Fawzi Abd Kadir berkata, pihaknya mengakui terdapat longokan sampah lewat dibuang ke pusat pelupusan sampah .

"Perkara ini berlaku disebabkan lori yang masih berfungsi tinggal sebuah sahaja. Lori selebihnya rosak, daerah ini kini pesat membangun serta mempunyai kawasan kedai yang luas.

"Sebuah lori tidak mampu menyelesaikan perkara ini selain kekurangan tong sampah," katanya ketika turun padang  melawat kawasan rumah sampah yang bermasalah di Beaufort Jaya, di sini pada Khamis.

Hadir sama dalam lawatan itu ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang Beaufort Keven Lee.

Beliau berkata, masalah itu sudah dikemukakan kepada pihak kementerian berkaitan selain memohon dua buah lori pengangkut sampah yang diperlukan segera. Sebanyak 200 tong sampah juga diperlukan untuk daerah ini.

Pihaknya juga mengalu-alukan dan sedia bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan yang ingin melakukan kerja amal gotong royong membersihkan daerah berkenaan.

Selain itu katanya, majlis daerah dengan semua agensi atau jabatan kerajaan berkaitan akan melakukan operasi besar-besaran di sini.

KEADAAN sampah yang tidak dipungut.
KEADAAN sampah yang tidak dipungut.

"Operasi ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sebulan, tujuannya adalah untuk menjaga kebersihan semua premis makanan agar daerah ini sentiasa dalam keadaan indah serta bersih.

"Selain itu, pihak majlis daerah juga menerima aduan mengenai anjing liar yang berkeliaran pada waktu siang dan malam.

"Perbincangan akan dilakukan bersama Jabatan Haiwan dan Ternakan daerah ini untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau juga merayu kepada orang awam agar tidak membuang sampah secara sesuka hati. Tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan.

  • oleh
  • Advertisement