Anda di sini

10 termasuk wanita warga asing ditahan AADK

Advertisement
SEBAHAGIAN penagih yang ditahan AADK.
SEBAHAGIAN penagih yang ditahan AADK.

KOTA KINABALU: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menahan 10 individu termasuk seorang wanita warga asing sepanjang Ops Cegah yang dijalankan di sini serta Penampang awal pagi Selasa.

Ketua Operasi Ops Cegah AADK Sabah Erwan Roslan berkata operasi dijalankan bermula jam 9 malam dan berakhir lima jam kemudian di beberapa kawasan selepas pihaknya menerima aduan orang awam berkenaan aktiviti penyalahgunaan dadah.

"Kita berjaya menahan 10 individu berumur 24 hingga 46 tahun dan hasil ujian air kencing menunjukkan kesemua suspek positif dadah jenis syabu.

"Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 manakala seorang wanita warga asing akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya," katanya.

SALAH seorang penagih yang ditahan semasa anggota AADK melaksanakan Ops Cegah.
SALAH seorang penagih yang ditahan semasa anggota AADK melaksanakan Ops Cegah.

Erwan berkata operasi seumpama serta program pencegahan akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi mengurangkan gejala penyalahgunaan dadah di negeri ini.

"Masyarakat setempat juga dinasihatkna untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan aktiviti ini terus berleluasa selain melaksanakan tanggungjawab masyarakat sebagai mata dan telinga pihak berkuasa," katanya.

  • oleh
  • Advertisement