Anda di sini

Tindakan WIM, PAS tidak dipersetujui ramai pihak di Sabah

Advertisement
NORBERT (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Kota Kinabalu pada Khamis.
NORBERT (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat di IPD Kota Kinabalu pada Khamis.

KOTA KINABALU: Tindakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan parti politik termasuk Wahyu Ilahi Managment (WIM) dan PAS yang membuat memorandum serta laporan polis bagi membantah sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu Cina tidak dipersetujui ramai pihak di negeri ini.

Naib Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Norbert Chin berkata tindakan kumpulan ini bukan sahaja menimbulkan perasaan marah dalam kalangan penduduk beragama Kristian tetapi juga menggugat keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum di Sabah.

"Tindakan mereka adalah hasutan terhadap masyarakat beragama Islam untuk membenci kaum lain dan perkara ini perlu diteliti pihak kerajaan dan polis agar tindakan undang-undang dikenakan kepada mereka.

"Saya juga memohon supaya pihak berkuasa menyiasat latar belakang pembantah terbabit samada mereka adalah penduduk Sabah sendiri atau orang luar yang sengaja datang ke Sabah untuk menimbulkan perpecahan kaum di sini," katanya selepas ditemui semasa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu pada Khamis.

Katanya sekiranya terdapat orang luar dalam golongan terbabit hendaklah diusir keluar serta membatalkan kewarganegraan serta merta jika baharu menerimanya berikutan tindakan keterlaluan mereka yang tidak menghormati adat resam di negeri ini.

"Saya juga memohon agar latar belakang penubuhan NGO terbabit diperiksa melalui Pendaftar Pertubuhan (Register Of Society) bagi mengetahui ianya adalah sah atau sebaliknya.

"Kami bimbang sekiranya pertubuhan terbabit hanya digunakan untuk mengaburi pergerakan sebenar dan agenda ahli-ahlinya," katanya sambil menambah kerajaan perlu mengambil tindakan proaktif terhadap individu yang cuba menghidupkan sentimen anti-Kristian di negeri ini.

  • oleh
  • Advertisement