Anda di sini

Tendang botol air, Emery berdepan tindakan dari FA

Advertisement
EMERY
EMERY

LONDON, England: Pengurus Arsenal, Unai Emery, didakwa dengan salah laku selepas menendang botol air di tepi padang dan mengenai seorang penyokong kelab Brighton, menurut Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris Khamis lepas.

Pengurus dari Sepanyol itu meminta maaf serta-merta kepada penyokong Brighton pada perlawanan ketika Arsenal seri 1-1 dengan Brighton di Stadium Amex Rabu lepas.

Emery berkata beliau berharap permohonan maaf segera sudah memadai untuk mengelak kemungkinan digantung perlawanan.

“Saya menendang untuk diri saya dan ia tiba-tiba meluru ke arah penyokong. Saya terus meminta maaf kepada penyokong itu,” kata beliau pada sidang media Khamis lepas.

“Saya menendang botol itu kerana ia hampir dengan saya dan bukan kerana sengaja mahu menendang.”

Apabila ditanya apa yang beliau tindakan yang beliau jangkakan dari FA, Emery berkata: “Saya berharap tidak. Ia bukan kerana tindakan tetapi akibatnya. Saya berharap permohonan maaf sudah menamatkan isu ini.”

Emery mempunyai sehingga jam 6 petang waktu tempatan pada 2 Januari untuk menjawab pertuduhan.

Arsenal akan berkunjung ke Liverpool hari ini. — Reuters

Advertisement