Anda di sini

Skuad Bintulu dan Mukah buka tirai Kejohanan Piala Sarawak 2018

Advertisement
 Pengiran Daud menyempurna sepak mula kejohanan bagi perlawanan antara Bintulu dan Mukah.
LANCAR: Pengiran Daud menyempurna sepak mula kejohanan bagi perlawanan antara Bintulu dan Mukah.

BINTULU: Perlawanan pembuka tirai antara skuad Bintulu dan Mukah menyaksikan saingan sengit antara kedua-dua pasukan dalam Kejohanan Piala Sarawak 2018 ADAP 40rty di Stadium Mini Bintulu petang semalam.

Sepak mula kejohanan disempurnakan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif ADAP 40rty Global Sdn Bhd Dato Pengiran Daud Pengiran Putera.

Hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) Mohamad Zaifulfadillah Junaidi dan ahli jawatankuasa BiFA lainnya termasuk bekas pemain Ngap Sayot era 80-an dan 90-an juga jurulatih legenda Sarawak Jalil Ramli.

Kejohanan anjuran BiFA, FAS dengan kerjasama ADAP 40rty itu yang disertai oleh 13 pasukan dibahagikan kepada empat kumpulan terdiri daripada Kumpulan A Mukah, Sibu, Bintulu U25; Serian, Samarahan, MSN Sarawak (Kumpulan B); Sri Aman, Sarikei, Miri (Kumpulan C) dan Limbang, Bintulu U20, ATM, PDRM (Kumpulan D).

Advertisement