Anda di sini

Waris kanak-kanak lelaki dicari

Advertisement
KANAK-KANAK lelaki yang ditinggalkan ibu kandung kini berusia 3 tahun 11 bulan. 
KANAK-KANAK lelaki yang ditinggalkan ibu kandung kini berusia 3 tahun 11 bulan. 

SANDAKAN: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Sandakan meminta keluarga atau waris seorang kanak-kanak lelaki berumur 3 tahun 11 bulan untuk tampil bagi membantu siasatan kes berkenaan. 

Pegawai Pelindung Erdianna Kanin berkata kanak-kanak berkenaan ditinggalkan ibu kandung semasa dia berumur 2 minggu kepada seorang awam. 

Beliau berkata kanak-kanak itu diserahkan kepada seorang awam yang dikenali sebagai Puan Anidah Sulaiman di kawasan rumah setinggan Kampung Karamunting pada 21 Januari 2015 jam 11 malam. 

"Orang awam memaklumkan tidak mengenali dan mengetahui nama ibu kandung kanak-kanak berkenaan. Selepas sahaja diserahkan, ibu kandung tidak lagi ditemui. 

"Semasa umur kanak-kanak 1 tahun, orang awam terbabit pernah ke rumah ibu kandung dimana kanak-kanak diserahkan tetapi gagal menemuinya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat. 

Erdianna berkata orang awam berkenaan merujuk kes itu kepada pegawai pelindung dan seterusnya membuat laporan polis pada 11 Disember 2018 setelah dinasihatkan untuk berbuat demikian. 

Sehubungan itu, beliau meminta waris ataupun sesiapa yang mengenali kanak-kanak berkenaan tampil membantu siasatan. 

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi beliau di pejabatnya melalui talian 089-668494/667821/667133.

  • oleh
  • Advertisement