Anda di sini

CL Khoon Electronics buka cawangan di Saradise Kuching

Advertisement
 Sebahagian daripada rangkaian barangan elektrik dan elektronik yang terdapat di cawangan baharu CL Khoon di Saradise Kuching.
HARGA ISTIMEWA: Sebahagian daripada rangkaian barangan elektrik dan elektronik yang terdapat di cawangan baharu CL Khoon di Saradise Kuching.

KUCHING: CL Khoon Electronics Sdn Bhd akan merasmikan pembukaan cawangan baharunya di Saradise Kuching pada 21 Disember ini (esok).

Sempena dengan majlis tersebut, outlet baharu berkenaan menawarkan promosi istimewa bermula esok sehingga Hari Krismas yang menampilkan diskaun menarik sehingga 50 peratus dan hadiah percuma daripada pelbagai produk.

Pelanggan berpeluang melihat dan mencari pelbagai produk elektrik dan elektronik terkini terdiri daripada televisyen, mesin basuh dan peti sejuk daripada jenama terkenal seperti Sony, Samsung, Panasonic, LG, Philips, Electrolux dan banyak lagi.

Selain itu, pembukaan khas outlet itu juga termasuk jualan gudang di mana pelanggan dapat mencari barangan elektrik dan perkakas rumah pada harga yang menarik.

Pelanggan yang membelanjakan RM200 dan ke atas dalam acara lima hari itu juga akan menerima beg kitar semula percuma manakala mereka yang membuat sebarang pembelian dalam tempoh ini layak untuk menjadi ahli CL Khoon Electronics secara percuma (yuran keahlian biasa RM15).

Di samping itu, pelanggan juga berpeluang menyertai cabutan CL Khoon yang menawarkan hadiah bernilai RM50,000 termasuk hadiah utamanya kereta Perodua Axia.

Bagi ahli BonusLink, mereka juga berpeluang mengumpul mata ganjaran berganda semasa promosi selama lima hari itu.

Premis cawangan baharu CL Khoon Electronics yang terletak di Saradise Kuching itu merupakan cawangan kesembilan bagi syarikat di seluruh negeri ini.

Ia terletak di aras bawah, Sub Lot 37, Lot 19715, Block C1 di Saradise Kuching yang beroperasi setiap hari dari jam 9.30 pagi hingga 8.30 malam.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 082-573320.

Advertisement