Anda di sini

Doktor HUS dijumpai mati dalam kereta

Advertisement
Grafik hiasan

KUCHING: Seorang doktor ditemukan meninggal dunia di dalam keretanya di tempat letak kereta Hospital Umum Sarawak (HUS), semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Dr Arif Husaini Abdul Rahim dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 4 petang dan disahkan meninggal dunia selepas diperiksa oleh pihak hospital. 

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Arif., berasal dari Selangor, merupakan Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan yang sudah bertugas selama lima tahun di HUS. 

Difahamkan, mangsa sepatutnya bertugas pada syif petang semalam namun tidak hadir ke hospital seperti biasa, manakala cubaan untuk menghubunginya turut gagal. 

Usaha mencari membawa kepada penemuannya di dalam kereta yang diletak di kawasan parkir. 

Difahamkan, mangsa pernah mengadu tidak berapa sihat sehari sebelum ditemukan mati. 

Jenazah mangsa diterbangkan ke Selangor pada pukul 7 pagi tadi selepas proses bedah siasat selesai dijalankan pada malam Selasa. 

  • oleh
  • Advertisement