Anda di sini

Exco baharu SHEDA adakan kunjungan terhadap Abang Johari

Advertisement
Kunjungan Exco baharu SHEDA ke pejabat Abang Johari baru-baru ini.
LAWATAN:Kunjungan Exco baharu SHEDA ke pejabat Abang Johari baru-baru ini.

KUCHING: Ahli Exco Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) bagi sesi 2018-2021 telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 7 Disember lalu.

Rombongan tersebut diketuai Presiden SHEDA Dr Christopher Ngui yang turut dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Antara lain tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk membincangkan beberapa isu berbangkit yang penting kerana memberi kesan kepada pemaju di Sarawak.

Pihaknya meminta cadangan dan pendapat bernas daripada Abang Johari bagi isu berkaitan Skim Perumahan Mampu Milik Sri Pertiwi, proses dan prosedur Skim Rumah Kedua Sarawak dan kekurangan pekerja mahir teknikal dalam industri.

Pihaknya turut menjemput Abang Johari hadir ke Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun SHEDA Ke-25 pada 18 Januari tahun depan.

Ia turut diadakan bersama penyampaian ‘Property Man of the Year 2018 Award’ dan ‘SHEDA Excellence Awards’ kepada para pemain industri.

Hasil kunjungan tersebut, pihaknya mendapat maklum balas positif daripada Abang Johari atas pertimbangan beliau menagani isu-isu teknikal mengenai penyerahan tanah tambahan bagi kemudahan di Sri Pertiwi.

Pada masa yang sama juga dalam mempermudahkan proses permohonan dan prosedur untuk Skim Rumah Kedua Malaysia Sarawak serta menarik lebih banyak pelaburan asing untuk melabur dalam SCORE dan industri hiliran hartanah.

Pihak SHEDA juga akan bekerjasama dengan beberapa kementerian berkaitan untuk R&D dalam usaha menangani keperluan pekerja mahir dan peningkatan kemahiran pekerja mahir sedia ada.

Advertisement