Anda di sini

Bilik di Aparment Cybercity terbakar

Advertisement
BILIK yang terbakar dalam kejadian di sebuah rumah Apartment Cybercity.
BILIK yang terbakar dalam kejadian di sebuah rumah Apartment Cybercity.

PENAMPANG: Sebuah rumah di Apartment Cybercity di sini mengalami kebakaran melibatkan sebuah bilik kira-kira jam 9 pagi pada Ahad.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 9.26 pagi.

Ketua Operasi Kebakaran Calixtus Fedelis memaklumkan tiga jentera bersama 15 anggota bomba digerakkan untuk membantu operasi pemadaman api.

Katanya, kebakaran hanya melibatkan bahagian bilik di rumah terbabit dan tiada mangsa dilaporkan cedera.

Pihaknya berjaya mengawal api pada jam 9.30 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.55 pagi.

  • oleh
  • Advertisement