Anda di sini

La Liga: Barca dalam misi balas dendam

Advertisement
VALVERDE
VALVERDE

MADRID: Barcelona akan bertandang ke Levante pada malam esok (Ahad) sebagai pasukan yang menduduki tempat teratas dalam La Liga dan menaruh dendam.

Tujuh bulan lalu, mereka perlu memenangi dua perlawanan lagi untuk menjadi pasukan pertama yang menamatkan musim liga utama di Sepanyol tanpa kekalahan sejak Real Madrid pada 1932, dan itupun hanya 18 perlawanan sahaja diadakan dalam divisyen 10 pasukan.

Ia pasti satu pencapaian yang menakjubkan, satu kejayaan cemerlang bagi jurulatih mereka Ernesto Valverde untuk membantu mengurangkan kesakitan selepas tersingkir pada peringkat suku akhir dari Liga Juara-Juara.

Namun Levante ada idea lain, dan menjaringkan tiga gol dalam masa 10 minit untuk mendahului Barca 5-1 sebelum mereka menang 5-4.

“Kami marah kerana tidak menang dalam perlawanan ini dan melepaskan peluang untuk menamatkan musim tanpa kalah,” kata Valverde.

Dalam kempen mereka untuk layak ke peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara pada kali ini, Barcelona seri di tempat sendiri dengan Tottenham pada Selasa lepas apabila Valverde memilih untuk merehatkan beberapa pemain penting termasuk Lionel Messi, Jordi Alba, Luis Suarez, Gerard Pique dan Marc-Andre ter Stegen.

Ironisnya mereka akan segar pada hujung minggu ini untuk pasukan lawan sama yang ramai percaya melemahkan semangat mereka pada musim lepas, tiga hari sebelum mereka tewas kepada Roma.

Mungkin sejak itu Valverde mendengar tuduhan bahawa dia naif, dan memburu musim tanpa kalah apabila menggilirkan pemainnya dapat membantu mereka pergi lebih jauh di Eropah.  

Dia kelihatan lebih bersemangat untuk membuat perubahan pada musim ini dan dalam perlawanan itu, Barcelona juga telah melepaskan mata.

Sama seperti Levante merobek mereka apabila melancarkan serangan, Barca masih kelihatan terdedah kepada kelajuan juga. Sergio Busquets telah didedahkan. Gerard Pique semakin perlahan. Jika La Liga disusun berdasarkan pembolosan paling sedikit, Barcelona akan menduduki tempat ke-13.

Levante mungkin rasa pelan yang mereka laksanakan dengan begitu cemerlang sekali pada Mei lalu masih dapat digunakan.

Kebangkitan daripada zon penyingkiran di bawah Paco Lopez masih berterusan dan pasukan itu kini menduduki tempat ketujuh.

Real Madrid turut merehatkan pemain ketika menentang CSKA Moscow pada Rabu lepas tetapi tewas 3-0 di stadium sendiri, dan kelab dari Rusia itu menjadi pasukan kelima yang menjaringkan tiga gol atau lebih ke atas mereka pada musim ini.

Sementara keselekehan Ousmane Dembele di luar padang terus merisaukan Barca, Real pula mempunyai penyerang mereka sendiri yang tidak berdisiplin iaitu Isco, yang diejek oleh penyokongnya sendiri sewaktu kekalahan kepada CSKA dan membiarkan kehampaannya melimpah.

Madrid dijangka tidak akan menghadapi masalah dalam perlawanan menentang jiran tetangga Rayo Vallecano pada malam ini (Sabtu), iaitu perlawanan liga terakhir mereka sebelum mereka berlepas ke Emiriah Arab Bersatu untuk kejohanan Piala Dunia Kelab.

Atletico Madrid tidak ada banyak masalah di bahagian pertahanan dan lebih banyak masalah di barisan hadapan, di mana gol-gol, khususnya di tempat lawan, sukar dijaringkan.

Sevilla, di tempat kedua, sudah mengambil kesempatan. Mereka menerima kunjungan Girona pada malam ini manakala Valencia berharap untuk mengekalkan momentum selepas menewaskan Manchester United dalam Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu ini. — AFP

Advertisement