Anda di sini

CX platform untuk memahami keperluan pelanggan Kumpulan AmBank

Advertisement
Syed Anuar (tiga kiri)menunjukkan tanda bagus bersama kakitangan Ambank Group pada majlis Rumah Terbuka Ambank Group sempena Perayaan Krismas 2018 di Kuching malam tadi.
Syed Anuar (tiga kiri)menunjukkan tanda bagus bersama kakitangan pada majlis Rumah Terbuka Kumpulan AmBank sempena Perayaan Krismas 2018 di Kuching malam tadi.

KUCHING: Pengalaman Pelanggan atau Customer Experience (CX) Kumpulan AmBank merupakan platform untuk pihaknya membangunkan budaya memahami keperluan pelanggan.

Eksekutif Naib Presiden Kumpulan Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan AmBank, Syed Anuar Syed Ali berkata, ia juga bertujuan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan selain menarik minat pelanggan terhadap produk yang ditawarkan Kumpulan.

“Kadang-kala pelanggan hanya memerlukan sesuatu (produk) yang mudah dan ringkas.

“Jadi, untuk memahami kehendak mereka itu maka kita (Kumpulan AmBank) mengadakan insiatif seperti program CX ini agar dapat kita memenuhi keperluan asas mereka pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis Rumah Terbuka Kumpulan AmBank sempena Perayaan Krismas 2018 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam tadi.

Sekarang ini, kata Syed Anuar, ramai pelanggan gemar datang ke cawangan di seluruh negara sambil berinteraksi dengan mereka.

“Kita bukan sahaja membuat perbankan secara online ataupun perbankan digital tetapi turut menyediakan perkhidmatan secara terus kepada pelanggan di seluruh cawangan termasuk di Sarawak.

“Apabila pelanggan datang, kita akan memastikan mereka rasa dialu-alukan dengan kewujudan kakitangan Kumpulan AmBank yang melayan mereka,” katanya.

Ini kerana Kumpulan mahu memastikan segala urusan pelanggan berjalan lancar agar mereka berpuas hati dan gembira dengan perkhidmatan yang disediakan, tambah beliau.

Sebab itu, kata Syed Anuar, pihaknya mahu menjadikan CX sebagai sebahagian daripada budaya Kumpulan Ambank yang komited untuk menjaga kepentingan pelanggan.

“Secara semulajadinya dengan insiatif ini juga, kita berupaya untuk memahami keperluan pelanggan dengan lebih mendalam,” katanya sambil menambah jumlah ahli CX Kumpulan AmBank kini mencecah seramai 9,500 orang di seluruh negara.

Terdahulu, pada majlis itu beliau turut melancarkan CX Kumpulan AmBank untuk cawangan negeri ini.

  • oleh
  • Advertisement