Anda di sini

Atlet SGTA mencapai kecemerlangan di Sabah

Advertisement
 Zaini (berdiri lima kanan) bersama pasukan SGTA dengan pingat masing-masing selepas tamat kejohanan.
CEMERLANG: Zaini (berdiri lima kanan) bersama pasukan SGTA dengan pingat masing-masing selepas tamat kejohanan.

SIBU: Persatuan Taekwondo Global Sarawak (SGTA) berjaya memperolehi tujuh pingat emas, tujuh perak dan enam gangsa pada Kejohanan Taekwando MGTF Terbuka Beaufort, Sabah 2018 berlangsung 9 dan 10 Disember lalu.

Pingat emas disumbangkan Ahmad Nazri Abu Bakar, Abang Mohamad Haikal Abang Mohamad Yazid, Nur Syakirin Zanudin, Nur Erisya Jefry, Syaif Ilmani Salhi, Gladys Tiong dan Emeldha Dellalynno Stalin.

Syarfa Salhi dan Nur Erika Jefry masing-masing menyumbangkan dua perak, selain perak turut disumbangkan Ashraf Nordiman Norman, Muhammad Ifran Syahmi Ramli dan Brocklando Lesnar.

Falissa Farinna Muhd Zulhairie menyumbangkan dua pingat gangsa selain Ashraf Nordiman Norman, Syaffiqa Salhi dan Nur Izzaty Yahya. Satu lagi gangsa disumbangkan menerusi acara Team Pattern.

Presiden SGTA, Abang Ahmad Zaini Abang Fauzan melahirkan rasa puas hati dengan pencapaian peserta rata-rata muka baharu.

“Secara keseluruhan kita berpuas hati dengan pencapaian pasukan memandangkan kita tidak meletakkan sasaran pingat sebelum ini.

“Tambahan rata-rata peserta bertanding mewakili SGTA adalah muka-muka baharu dan ini merupakan kejohanan luar pertama disertai mereka,” katanya di sini semalam.

Untuk kejohanan itu, SGTA menghantar 17 peserta bertanding dalam tiga kategori iaitu Individu Pattern, Individu Sparring dan Team Pattern.

Pasukan SGTA turut dibimbing oleh Noor Shafizza Yusof selaku pengurus pasukan dan Raden Hidayat Perhan (jurulatih).

Menurut Zaini, SGTA terus menghantar peserta bagi menyertai kejohanan luar Sarawak tahun depan dengan menyertai kejohanan di Perak dan Kelantan sebagai pendedahan kepada peserta.

“Untuk kejohanan di Sabah, kita juga turut serta pada tahun hadapan,” katanya sambil berterima kasih kepada semua peserta yang menunjukan semangat juang tinggi.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada ibu bapa peserta, penaja, pengurus pasukan dan jurulatih memberikan kerjasama dan sokongan.

Bagi yang ingin mengikuti kelas taekwando SGTA boleh hubungi Zaini di talian 016-8900431. Latihan diadakan setiap Sabtu dan Ahad jam 2.30 hingga 4 petang dan 4.30 hingga 6 petang.

  • oleh
  • Advertisement