Anda di sini

Dua kereta bertembung, seorang pemandu maut 

Advertisement
ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan itu.
ANGGOTA bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa tersepit dalam kemalangan itu.

KUDAT: Seorang pemandu lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 9 Jalan Kudat, berhampiran sebuah pusat memandu di sini.

Mangsa, Ferdin Lakang, 41, disahkan meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian kira-kira jam 8 pagi Khamis.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Santey Bakau berkata kejadian membabitkan dua jenis kereta sedan bertembung menyebabkan mangsa tersepit di bahagian pemandu hadapan.

“Anggota bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya pemandu wanita berumur 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Santey berkata panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada jam 8.08 pagi dan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan operasi ditamatkan pada jam 9.33 pagi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement