Anda di sini

Wanita hadapi 15 pertuduhan tipu pakej pelancongan

Advertisement
Lenny dibawa ke Mahkamah Majistret Sarikei bagi menghadapi 15 pertuduhan kes penipuan pakej pelancongan luar negara hari ini.
Lenny dibawa ke Mahkamah Majistret Sarikei bagi menghadapi 15 pertuduhan kes penipuan pakej pelancongan luar negara hari ini.

SIBU: Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sarikei, hari ini atas 15 pertuduhan membabitkan penipuan pakej pelancongan luar negara dengan kerugian lebih kurang RM448,200.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, Lenny Valerie, 37, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah, Proline Aging.

Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 21 Disember ini dan tertuduh diperintah ditahan reman lanjut.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara Mac 2017 hingga Jun 2018 dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah dalam satu kenyataan, berkata wanita itu ditahan di Kota Kinabalu pada 6 Disember lepas hasil risikan dan kerjasama dengan JSJK Sabah. 

Tertuduh juga didapati terlibat dalam modus operandi yang sama di daerah Miri sebanyak 10 kes, Sibu (1) dan Padawan (1), di mana mangsa-mangsa berkenalan dengan tertuduh di 
gereja.

"Jumlah kerugian dalam kes ini adalah sebanyak lebih kurang RM448,200," katanya.


 

  • oleh
  • Advertisement