Anda di sini

SEDC juara Kejohanan Golf Jemputan Mini Gemaputera

Advertisement
 Pasukan SEDC C menerima hadiah daripada Abdul Aziz (tiga kanan) sambil disaksikan Soedirman (tengah) serta yang lain.
TAHNIAH: Pasukan SEDC C menerima hadiah daripada Abdul Aziz (tiga kanan) sambil disaksikan Soedirman (tengah) serta yang lain.

KUCHING: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) muncul juara Kejohanan Golf Jemputan Mini Gemaputera 2018 yang berakhir Ahad lepas di Damai Golf and Country Club (DGCC).

Lebih manis, SEDC Sarawak yang menampil tiga pasukan dalam kejohanan sehari itu turut merangkul tempat ketiga manakal tempat kedua disandang pasukan dari Melaka.

Tiga pemenang terbaik dalam kategori individu ialah Amirul Aizat, Jaafar Dawi dan Afizan Ahmad.

Manakala Raden Bustari, Awang Sani dan Iskandar Matjani menduduki tiga tempat teratas kategori Individu Terbuka.

Pesaingan kategori VIP menyaksikan Leftenan Jeneral Stephen Mundaw, Pengurus Besar SEDC Sarawak Datu Soedirman Aini dan Datu Ik Pahon Joyik menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga.

Turut dipertandingkan kategori tetamu jemputan, paling hampir dengan pin dan paling hampir dengan garisan.

Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Menurutnya, kejohanan itu bertujuan mengukuhkan hubungan antara pemain golf yang mewakili SEDC Melaka, Selangor, Johor dan Sarawak.

Kejohanan disertai seramai 100 peserta itu juga dianjur sempena sambutan ulang tahun ke-46 SEDC Sarawak.

Sementara itu, Pengurus Besar DGCC Roslan Mohd Salleh mengumumkan seramai 300 pemain dari seluruh Malaysia akan menyertai Pertandingan Golf KPM anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan diadakan pada minggu hadapan.

Advertisement