Anda di sini

SSN Sarawak rangkul Piala Abang Jo 2018

Advertisement
Abang Johari menyampaikan Piala Abang Jo 2018 kepada pasukan SSN Sarawak.
Abang Johari menyampaikan Piala Abang Jo 2018 kepada pasukan SSN Sarawak.

KUCHING: Sekolah Sukan Negeri (SSN) Sarawak menjulang Piala Abang Jo 2018, menewaskan Belia Lundu 2-1 dalam perlawanan akhir yang berlangsung petang tadi.

Pasukan yang diketahui bakat barisan pemainnya yang digilap untuk dijadikan pasukan pelapis bawah 19 tahun itu bangkit setelah ketinggalan 1-0 pada babak awal permainan.

Gol SSN Sarawak dijaringkan oleh Abdul Rahim Abdul Razak pada minit ke 42 sebelum Alan Lagang Keryer muncul sebagai wira pasukan menerusi jaringan pada minit ke 85.

Manakala gol tunggal Belia Lundu yang dibarisi ramai pemain muda dari kawasan Lundu dan Sematan dijaringkan oleh pemain import mereka, yang juga merupakan tonggak pertahanan skuad bola sepak Sarawak, Mohd Hairol Moktar para seawal minit keempat perlawanan.

Kemenangan tersebut membolehkan SSN Sarawak membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta Piala Abang Jo, piala serta pingat.

Pasukan Belia Lundu pula menerima hadiah wang tunai RM3,000 beserta piala dan pingat.

Tempat ketiga pula disandang bersama oleh pasukan KSK Satok dan Axis FC, yang masing-masing menerima wang tunai RM1,000, piala serta pingat.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang turut hadir menyaksikan perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching, Fazzrudin Abdul Rahman dan ADUN Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu.

Kejohanan bola sepak Piala Abang Jo 2018 adalah untuk mencungkil bakat pemain-pemain muda selain sebagai platform memilih pemain untuk diserapkan ke dalam skuad Kuching FA bagi musim tahun 2019.
 

  • oleh
  • Advertisement