Anda di sini

Edisi kedua BizRACE tawar peluang pengembangan kepada PKS

Advertisement
 (Dari kiri) Pengurus Kanan Jualan Sewa Beli Industri AmBank Reico Tan, Pengarah Wilayah Selatan Perbankan Perusahaan AmBank Desmond Lim Eng Kuei, Yap, Ketua Perbankan Perniagaan Pembangunan Portfolio AmBank Tay Ming Han dan Pengarah Wilayah Selantan Perbankan Komersial Hoo Wee Kieun Ken memegang poster AmBank BizRace musim kedua selepas sidang media di Hotel Double Tree, kelmarin. — Gambar Bernama
MAJUKAN PERNIAGAAN: (Dari kiri) Pengurus Kanan Jualan Sewa Beli Industri AmBank Reico Tan, Pengarah Wilayah Selatan Perbankan Perusahaan AmBank Desmond Lim Eng Kuei, Yap, Ketua Perbankan Perniagaan Pembangunan Portfolio AmBank Tay Ming Han dan Pengarah Wilayah Selantan Perbankan Komersial Hoo Wee Kieun Ken memegang poster AmBank BizRace musim kedua selepas sidang media di Hotel Double Tree, kelmarin. — Gambar Bernama

JOHOR BAHRU: AmBank Group kembali lagi menganjurkan cabaran perniagaan BizRACE edisi keduanya yang bertujuan untuk menawarkan pengalaman pembelajaran dan pendedahan media kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Pengarah Urusan Perbankan Perniagaannya Christopher Yap Huey Wen berkata cabaran itu akan menyaksikan 100 peserta bersaing antara satu sama lain untuk menjual idea modal perniagaan mereka.

“100 pemohon teratas (menyertai cabaran itu) akan dipilih berdasarkan pelan pengembangan dan pertumbuhan mereka dan mereka akan dipelawa untuk menghadiri siri sesi menjual idea dengan panel juri berpengalaman,” katanya pada sidang akhbar di sini, kelmarin.

Panel juri, kata Yap, akan kemudiannya mengecilkan pemilihan kepada 30 teratas, 10 teratas dan akhirnya, tiga teratas.

“Pertandingan itu terbuka kepada perniagaan yang beroperasi lebih daripada setahun dan dengan perolehan tahunan kurang daripada RM100 juta,” katanya.

Yap berkata hadiah bernilai RM2  juta termasuk peluang menyertai program pembangunan eksekutif di dalam dan di luar Malaysia dan lawatan ke China menanti untuk direbut.

Menurutnya, cabaran terbesar yang dihadapi oleh PKS tempatan ialah kurangnya pengetahuan dan kegagalan untuk mendigitalkan perniagaan mereka seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan iklim perniagaan.

“PKS merangkumi 66 peratus daripada jumlah pekerjaan di negara ini dan menyumbang 37.1 peratus kepada keluaran dalam negara kasar negara,” katanya.

Bagi yang berminat menyertai cabaran BizRACE boleh berbuat demikian di  www.ambankbinzclub.com. sehingga 24 Dis. — Bernama

Advertisement