Anda di sini

Sabyan Gambus / Nissa Sabyan ‘live’ di Malaysia Januari 2019

Advertisement
__alt__

PEMINAT Sabyan Gambus pastinya yang paling gembira selepas kumpulan yang berasal dari Jakarta, Indonesia itu mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan sebuah konsert di Malaysia pada awal tahun depan.

Ditubuhkan pada 2015, kumpulan Sabyan Gambus dianggotai Khoirunnisa atau lebih dikenali dengan nama Nissa sebagai vokalis, Ahmad Fairuz (keyboard), Sofwan Yusuf (perkusi), Kamal (darbuka), Tubagus Syaifulloh (biola) dan Anisa Rahman (vokalis kedua).

Kumpulan itu mencetus fenomena di Malaysia dan Indonesia apabila memuat naik cover lagu ‘Deen Assalam’ nyanyian asal Sulaiman Al Mughni di Youtube pada Mei lalu dan dalam masa empat bulan sahaja telah mencatat tontonan 143 juta.

__alt__

Lagu bertajuk ‘Ya Habibal Qolbi’  juga lagu yang trending di Youtube dengan tontonan 237 juta semenjak disiar di Youtube sembilan bulan yang lalu.

Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019 bakal berlangsung pada 12 Januari di Stadium Malawati, Shah Alam dan akan turut menampilkan artis nasyid tempatan seperti kumpulan UNIC, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi sebagai artis pembukaan.

Selain konsert, penganjur turut mengadakan Karnival Geng Sabyan yang akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 11 hingga 13 Januari 2019.

Tike-tiket untuk menyaksikan konsert yang dibawakan khas oleh MHH Laguna Sdn. Bhd ini boleh dibeli secara online di www.ticket2u.com.

Advertisement