Anda di sini

Lelaki didakwa rogol gadis bawah umur 

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur. 

Bagaimanapun Mohd Aizat Amit, 21, yang tidak diwakili peguam mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan. 

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun pada waktu kejadian, pada 31 Januari tahun lalu jam 7.30 hingga 11.30 malam di sebuah rumah Lorong Muhibah, Taman Muhibah, daerah Beaufort. 

Jika sabit salah atas pertuduhan terbabit, boleh dikenakan penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat. 

Timbalan Pendakwaraya Husna Abd Halim membantah ikat jamin ditawarkan kerana keseriusan kesalahan dan mangsa mengenali tertuduh. 

Namun tertuduh yang berusia 19 tahun pada waktu kejadian, memohon diberikan ikat jamin dan memberitahu sedang menunggu panggilan tentera udara. 

Hakim Azreena Aziz menetapkan pengurusan kes pada 28 Januari dan tarikh perbicaraan pada 18 hingga 19 Mac tahun hadapan terhadap tertuduh. 

Ikat jamin diberikan sebanyak RM10,000 deposit RM5,000 dicagarkan dua penjamin tempatan. 

Tertuduh juga dilarang mengganggu saksi-saksi pihak pendakwaan. 

  • oleh
  • Advertisement