Anda di sini

Benelli Malaysia lancar tiga model baharu menjelang 2019

Advertisement
 Asri (empat kiri) bersama Benelli 502C pada majlis pelancaran tiga model baharu edaran syarikat itu di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur, kelmarin. Benelli 502C dilancarkan bersama dua lagi model iaitu Benelli TRK251 dan Benelli Leoncino 250. — Gambar Bernama
KELUARAN BAHARU: Asri (empat kiri) bersama Benelli 502C pada majlis pelancaran tiga model baharu edaran syarikat itu di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia di Kuala Lumpur, kelmarin. Benelli 502C dilancarkan bersama dua lagi model iaitu Benelli TRK251 dan Benelli Leoncino 250. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Pengedar jenama Benelli di Malaysia, Mforce Bike Holdings, melancarkan tiga model baharu edaran syarikat itu di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS’18) di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Model tersebut adalah Benelli 502C, Benelli TRK251 dan Benelli Leoncino 250.

Pengurus Besar (Operasi) Mforce Bike, Asri Ahmad berkata, syarikat menyasarkan jualan sebanyak 100 unit sebulan bagi Benelli 502C manakala 300 unit sebulan bagi Benelli TRK251 dan Benelli Leoncino 250.

Ketiga-tiga model tersebut dilengkapi kotak gear enam kelajuan dan suntikan bahan api elektronik dengan ‘double throttle body’ berukuran 34mm, katanya semasa majlis pelancaran ketiga-tiga model itu.

Bagaimanapun harga bagi kesemua model tersebut tidak diumumkan dan dijangka akan berada di pasaran mulai pertengahan 2019.

KLIMS’18 bertema ‘Beyond Mobility’ itu, berlangsung dari 23 November hingga 2 Disember ini, merupakan anjuran Persatuan Automotif Malaysia (MAA). — Bernama

Advertisement