Anda di sini

Mohd Idham juara Cabaran Raja Pedas Samyang Kuching

Advertisement
 Jessie (tiga kiri) dan Sharon (empat kiri) merakamkan gambar bersama pemenang serta finalis Cabaran Raja Pedas Samyang Kuching di Vivacity Megamall semalam.
TAHAN PEDAS: Jessie (tiga kiri) dan Sharon (empat kiri) merakamkan gambar bersama pemenang serta finalis Cabaran Raja Pedas Samyang Kuching di Vivacity Megamall semalam.

KUCHING: Cabaran Raja Pedas Samyang Kuching berakhir semalam dengan peserta Mohd Idham muncul juara selepas berjaya menghabiskan hidangan mi Samyang terpedas dalam masa 26.65 saat.

Pertandingan tersebut merupakan anjuran Box World Sdn Bhd dengan kerjasama Everrise Vivacity selaku penaja bersama sempena dengan Pesta Korea 2018 yang berlangsung di Vivacity Megamall bermula dari 16 hingga 25 November.

Selaku Raja Pedas Samyang Kuching, Idham menerima hadiah wang tunai RM500 berserta sijil dan hamper produk Samyang bernilai RM200.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Wan Mohd Hariz Wan Suhaimi dan Dennis Wong dan menerima hadiah wang tunai RM300 dan RM100 berserta sijil dan hamper bernilai RM150 dan RM100 manakala tujuh lagi peserta akhir masing-masing menerima hadiah sagu hati berupa hamper dan sijil.

Dalam pada itu, ini merupakan kali kedua pertandingan ini diadakan di Asia Tenggara melibatkan mi Samyang terpedas di dunia.

Semua 10 peserta akhir semalam merupakan peserta terbaik daripada 10 pusingan separuh akhir yang diadakan pada 17 dan 18 November diikuti 24 dan 25 November sebelum pusingan akhir pada hari yang sama 25 November iaitu hari terakhir Pesta Korea di pusat beli-belah tersebut.

Selain Everrise selaku penaja bersama, acara tersebut turut dijayakan oleh Vivacity Megamall, Beam Event Management, Han Kimchi dan DreamAge Dance Studio.

Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Pengurus Cawangan Everrise Vivacity, Jessie Hee bersama Penyelaras Projek Box World Sdn Bhd, Sharon Kueh.

Advertisement