Anda di sini

Bumbung rumah rosak teruk dipukul ribut

Advertisement
 Keadaan bumbung rumah dalam kejadian tersebut.
ROSAK: Keadaan bumbung rumah dalam kejadian tersebut.

SIBU: Sebuah keluarga di Kampung Hilir di sini menempuh detik mencemaskan apabila bumbung rumah mereka rosak teruk akibat dipukul ribut, malam kelmarin.
Bumbung rumah konkrit dua tingkat berkenaan tercabut diterbangkan angin kencang berserta hujan lebat yang melanda sekitar Sibu kira-kira jam 8 malam.
Kapten Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu Frankie John Jawan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.55 malam.
“Seramai empat anggota kita bergegas ke lokasi kejadian menggunakan kenderaan ambulans. Sebaik tiba, didapati bumbung rumah berkenaan diterbangkan sejauh kira-kira 50 meter.
“Sejurus itu, anggota kita melakukan pemeriksaan ke atas kesemua enam ahli keluarga dan mendapati mereka dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau menambah, pihaknya telah merujuk kes tersebut kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sibu untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee turut melawat ahli keluarga berkenaan pada malam kejadian.

Advertisement