Anda di sini

350 penghuni Rh Usek Sumpit di Niah hilang tempat berteduh

Advertisement
Pemandangan dari udara kebakaran memusnahkan rumah panjang di Sungai Keriok, Niha, hari ini. - Gambar ihsan Bomba Sarawak

MIRI: Seramai 350 penghuni rumah panjang tingga sehelai sepinggang apabila rumah panjang 37 pintu musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Rh Usek Sumpit di Sungai Keriok, Niah, hari ini. 

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, bagaimanapun sebuah lagi blok rumah panjang 12 pintu yang terletak bertentangan dengan rumah panjang itu berjaya diselamatkan dari kebakaran.
 

Orang ramai melihat dari jauh kebakaran yang memusnahkan rumah panjang tersebut
Orang ramai melihat dari jauh kebakaran yang memusnahkan rumah panjang tersebut. - Gambar ihsan Bomba Sarawak 

"Jumlah keseluruhan penghuni yang dianggarkan seramai 350 orang dilaporkan selamat dan tiada kemalangan jiwa berlaku," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Law berkata, pasukan bomba menggunakan sumber air pili bomba berdekatan untuk memadamkan kebakaran.
 

Pasukan Bomba Sukarela memadamkan kebakaran
Pasukan Bomba Sukarela membantu memadamkan kebakaran. - Gambar ihsan Bomba Sarawak

Kebakaran tersebut pada awalnya berjaya dikawal tujuh orang Pasukan Bomba Sukarela Batu Niah yang pertama tiba di lokasi dalam kejadian sekitar 8 pagi tadi. 

Maklumat dari Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran rumah panjang itu pada pukul 8.52 pagi. 

  • oleh
  • Advertisement