Anda di sini

Seramai 64 pelajar berentap Pertandingan Tenpin Boling Antara Sekolah

Advertisement
 Pemain SMK Agama Tunaz A bersama Ahmad (kanan) dan Jerusha (kiri) selepas menerima hadiah pada kejohanan tersebut.
TAHNIAH: Pemain SMK Agama Tunaz A bersama Ahmad (kanan) dan Jerusha (kiri) selepas menerima hadiah pada kejohanan tersebut.

KUCHING: Seramai 64 pelajar sekolah rendah dan 78 menengah menyertai Pertandingan Pembangunan Tenpin Boling Antara Sekolah diadakan di Megalanes Sarawak, E-Mart Batu Kawa pada Sabtu lalu.

Ia anjuran bersama Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) dan Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) di mana kategori dipertandingkan adalah berpasukan dan indivifu termasuk kategori khas untuk  intruktur.

Untuk kategori berpasukan disertai empat pasukan, SK Garland A muncul juara bagi kategori sekolah rendah disusuli SK Semerah Padi A dan SK Rakyat Tupong.

Manakala SMK (A) Tunaz A dinobatkan juara kategori sekolah menengah mengatasi Sekolah Antarabangsa Lodge di tempat kedua dan SMK St Thomas (ketiga).

Pemain SK Semerah Padi, Muhd Irfan Daniel Yusuf memenangi kategori individu sekolah rendah disusuli Mohd Fakhrul Ariffin Mohd Nazri (SK Garland) tempat kedua dan Wadi Irfan Ratinao Sallahudin (SK Semerah Padi) tempat ketiga.

Bagi kategori individu perempuan sekolah rendah, juara milik peserta SK Garland, Glenda Vanessa Lai, tempat kedua disandang Anis Nur Amirah Ahmad Nazaruddin (SK Rakyat Tupong) dan ketiga milik Irdina Izyani Benjamin Haybullah (SK Garland).

Persaingan kategori individu sekolah menengah menyaksikan Muhd Khairie Sulaiman dari SMK (A) Tunaz meraih tempat pertama disusuli Nabil Iqbal Nasir (SMK St Thomas) dan Haikan Nazhan Hamdan (SMK (A) Tunaz).

Nur Aqilah Sazali (SMK Petra Jaya) mengungguli kategori individu perempuan sekolah menengah sambil Nur Haziqah Husaini (SMK (A) Tunaz) tempat kedua dan Nurfatin Hanisah Saipol (SMK Batu Kawa) tempat ketiga.

Hadiah disampaikan oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Sukan PSS Ahmad Rodzli Hashim, Timbalan Presiden ABAS, Saifulbahri Shukri dan Jurulatih Pusat Kecemerlangan MSNS, Jerusha Chan.

Advertisement