Anda di sini

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kanak-Kanak Tabika KEMAS Parlimen Santubong meriah

Advertisement
 Penyampaian sijil dan hadiah kepada salah seorang kanak-kanak Tabika KEMAS oleh Mohd Zamri.
SIJIL: Penyampaian sijil dan hadiah kepada salah seorang kanak-kanak Tabika KEMAS oleh Mohd Zamri.

MAJLIS Anugerah Kecemerlangan Kanak-Kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Santubong diraikan dengan meriah dan warna-warni di CIDB Kuching.

Ia dirasmikan oleh Pengarah KEMAS Sarawak, Mohd Zamri Mustajab pada 15 November lalu.

Seramai 671 kanak-kanak terdiri dari DUN Tanjung Datu, DUN Pantai Damai dan DUN Demak Laut berjaya menamatkan sesi persekolahan di Tabika KEMAS kawasan masing-masing.

 Barisan jemputan bersama Mohd Zamri (duduk, tengah).
JEMPUTAN: Barisan jemputan bersama Mohd Zamri (duduk, tengah).

Turut hadir Pemaju Masyarakat KEMAS dan kanak-kanak tadika, ibu bapa, Pengerusi Jawatankuasa Tabika KEMAS dan Pengarah serta Penyelia Kanan KEMAS Sarawak.

Majlis itu adalah penyampaian hadiah dan pengiktirafan kepada kanak-kanak yang mencapai kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Selain mengukuhkan kemesraan dan mengerat silaturahim kalangan pemaju masyarakat dengan ibu bapa dan penyelia.

Advertisement