Anda di sini

Lelaki luka di kepala ditemui terbaring di hadapan klinik

Advertisement
KEADAAN mangsa ketika ditemui.

LAHAD DATU: Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kesan luka berdarah di kepala di hadapan sebuah klinik di Singgahmata Point dekat sini, pagi Khamis.

Mangsa yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu ditemui tidak sedarkan diri kira-kira jam 6 pagi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata hasil penelitian kamera tertutup mendapati mangsa telah dibawa seorang lelaki pekerja sebuah restoran dekat situ jam 6.14 pagi.

"Semasa mangsa sedang tidur, mangsa tiba-tiba terjatuh dan kepala mangsa terkena simen dan terus berdarah," katanya.

Nasri berkata mangsa masih berada di hospital dan belum sedarkan diri. 

Siasatan lanjut juga masih diteruskan dan tidak menemukan sebarang unsur jenayah setakat ini.

  • oleh
  • Advertisement