Anda di sini

Beri kelonggaran khas kepada peniaga import eksport

Advertisement
NORDIN (dua kiri) bersama Timbalan Persatuan perdagangan Rentas Sempadan Sabah; Abdul Nafik Ali (kiri), Pua dan Dato Sri Lo (kanan) pada sidang media.
NORDIN (dua kiri) bersama Timbalan Persatuan perdagangan Rentas Sempadan Sabah; Abdul Nafik Ali (kiri), Pua dan Dato Sri Lo (kanan) pada sidang media.

SANDAKAN: Persatuan Perdagangan Rentas Sempadan Sabah meminta Kementerian Pengangkutan Malaysia agar memberi kelonggaran khas kepada peniaga import eksport barang atau transhipment di Sandakan dan Tawau menghantar barang ke Selatan Filipina.

Pengerusinya, Nordin Ening berkata peniaga transhipment di Sabah akan mengalami kerugian besar kira-kira RM150 juta sekiranya tidak diberi kelonggaran khas itu.

“Buat masa ini, barang-barang seperti beras dan gula yang kini berlonggor di Pelabuhan Sandakan dan Tawau ekoran kapal dari Selatan Filipina tidak dapat berurus niaga di pelabuhan kerana kekangan dokumentasi yang disyaratkan tidak dapat disediakan," katanya.

Oleh kerana itu katanya, pihak kita meminta kerajaan memberi kelonggaran sementara bagi menjalankan aktiviti transhipment di pelabuhan Sabah untuk dihantar ke Selatan Filipina.

“Kita berharap Menteri Pengangkutan Malaysia mempertimbangkan permohonan kami, sekiranya tidak ini akan menyebabkan peniaga-peniaga di Sabah mengalami kerugian RM 150 juta,” katanya dalam satu sidang media petang tadi. 

Sebelum itu, Nordin telah mengadakan perjumpaan dengan para peniaga aktiviti transhipment Sandakan di Pejabat Jabatan Laut Sandakan pada sebelah pagi.

  • oleh
  • Advertisement