Anda di sini

Program kepolisan bantu warga LHC fahami bahaya dadah

Advertisement
NG (duduk lima kiri) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu serta warga LHC selepas program berakhir.
NG (duduk lima kiri) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu serta warga LHC selepas program berakhir.

BEAUFORT: Program kepolisan 'We Love, We Hope We Care' mampu membantu 80 warga LoveHopeCare (LHC) agar lebih memahami kesan serta bahaya pengambilan dadah kepada mereka.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendant Azmir Abdul Razak berkata warga LHC adalah individu yang pernah terjebak dengan penyalahgunaan dadah dan program seumpama mampu memberikan motivasi kepada warga LHC menjauhi kegiatan negatif serta kembali ke jalan benar tanpa paksaan.

Katanya beberapa aktiviti termasuk ceramah dadah yang mempengaruhi kesihatan, sesi pencegahan bersama pensyarah kaunseling Universiti Malaysia Sabah (UMS), saringan kesihatan dan soal selidik mampu menyedarkan warga LHC tentang bahaya dadah.

"Melalui dapatan program ini juga penyelidik dan pensyarah dari UMS dapat mengumpul maklumat berharga daripada warga LHC.

"Hasil soal selidik yang diperoleh dapat mewujudkan data yang lebih tepat serta berkualiti tentang sifat serta pendekatan bagi mendapatkan penyelesaian untuk menangani masalah penagihan dadah," katanya.

Turut hadir dalam program ini ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (KBSJND) Inspektor Ng Chai Sing, Ketua Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Effanehwati Lakat dan Wakil Kesihatan Unit HIV & AIDS Nur Anira Lausin.

Beberapa pensyarah dari Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS Prof Madya Dr Balan Rathakishnan dan Prof Madya Dr Azizi Yahya.

  • oleh
  • Advertisement