Anda di sini

Pihak berkuasa AS rampas kokain bernilai 500 juta

Advertisement

FLORIDA: Pihak berkuasa AS telah merampas kira-kira 18.5 tan kokain dengan nilai pasaran sebanyak 500 juta di timur Lautan Pasifik, menurut Pengawal Pantai AS pada Jumaat lepas.

Kokain itu telah dibawa oleh kapal kecil Pengawal Pantai, James di Port Everglades di Fort Lauderdale pada Khamis lepas selepas ia dirampas dari 15 kapal penyeludupan dadah di perairan antarabangsa, menurut pihak Pengawal Pantai.

Beberapa kapal kecil Pengawal Pantai AS telah membantu merampas dadah dari

Mexico, Amerika Tengah dan selatan, menurutnya lagi.

Kira-kira 49 suspek turut ditahan dan akan didakwa di selatan Florida, menurut  Miami Herald.    

Kokain masih lagi salah satu dari dadah haram paling terkenal di Amerika Syarikat, di mana kebanyakan dari kokain di dunia telah digunakan, menurut pegawai persekutuan.

“Terdapat petanda awal yang membimbangkan bahawa kokain digunakan dan mampu dimiliki pula meningkat di Amerika Syarikat buat kali pertama dalam tempoh hampir satu dekad,” Jabatan Negara AS menyatakan dalam satu laporan dagangan  narkotik global pada 2017.     

Pengeluaran kokain global berpotensi mencecah 1,410 tan pada 2016, paras tertinggi pernah dianggarkan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam satu laporan mengenai dadah dan jenayah pada 2018. — Reuters   

Advertisement