Anda di sini

SEB juara keseluruhan golf persahabatan

Advertisement
 Asfia (dua kiri) menyampaikan trofi kepada Sharbini selaku Kapten pasukan golf SEB sambil disaksikan Naroden (kiri) dan Len di Kuching semalam.
TAHNIAH: Asfia (dua kiri) menyampaikan trofi kepada Sharbini selaku Kapten pasukan golf SEB sambil disaksikan Naroden (kiri) dan Len di Kuching semalam.

KUCHING: Sarawak Energy Berhad (SEB) merangkul juara keseluruhan kategori berpasukan Kejohanan Golf Persahabatan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-150 Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan di Kelab Golf Sarawak (KGS) semalam.

Mereka berjaya mengumpul skor 735 selepas menewaskan pasukan DUN yang mengumpul skor 741 manakala pasukan Jabatan Ketua Menteri (JKM) di tempat ketiga dengan mengumpul skor 752.

Dalam kategori ‘gross’ DUN, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh muncul juara dengan mencatat 94 pukulan.

Tempat kedua disandang ADUN Semop yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat), Abdullah Saidol dengan mencatat 96 pukulan disusuli ADUN Belawai merangkap Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh dengan 100 pukulan.

Dalam kategori ‘nett’ DUN, ADUN Tarat Martin Ben dinobatkan juara dengan 74 pukulan (OCB), Timbalan Speaker DUN Datuk Gerawat Jala di tempat kedua dengan 74 pukulan dan ADUN Daro, Safiee Ahmad di tempat ketiga (76).

Kategori ‘gross’ DUN (IG) menyaksikan Sukiman Aini muncul juara dengan 90 pukulan berbanding 94 pukulan dicatat Bajuri Jauji untuk menduduki tempat kedua.

Yakop Jalel diangkat selaku juara kategori ‘nett’ DUN (IG) dengan mengumpul 72 pukulan (OCB) disusuli Abdul Ghanie Tahir di tempat kedua juga dengan 72 pukulan.

Pemenang kategori ‘gross’ keseluruhan ialah Joseph Blandoi (85), SAC Datuk Zamani Tan Sri Hamdan (85 – OCB) dan SAC Muhd Yusuf Saie (85).

Manakala tiga pemenang terbaik ‘nett’ keseluruhan terdiri Nazry Abdul Latip (SEB – 70), Sulaiman Ahmad (SEB – 71, OCB) dan Ahmad Abdul Razak (JKM – 71, OCB).

Dalam kategori ‘gross’ SEB, juara dimenangi Raymond Ling Seng Kiat (87), tempat kedua Sipol Ambun (88) dan ketiga Ben Sim Chiaw Hiong (90).

Bagi kategori ‘nett’ dimenangi Sulaiman Ahmad (71), Magit Semong tempat kedua (73 – OCB) dan Ting Ching Zhung tempat ketiga (73).

Persaingan kategori ‘gross’ JKM menyaksikan Saperi Ali muncul juara dengan 86 pukulan, tempat kedua milik Datu Misnu Taha (97) dan Kameri Affandi di tempat ketiga (98).

Kategori ‘nett’ JKM dimenangi Ahmad Abdul Razak (71), tempat kedua Datuk Rorete @ Clarence Sagon (74 – OCB) dan tempat ketiga ialah Peter Sawal (74 – OCB).

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Muda Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Usahawan, Datuk Mohd Naroden Majais, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datu Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datu Sharbini Suhaili.

Advertisement