Anda di sini

Zenyie Furniture anjurkan pameran perobot marmar dan lukisan cat minyak di Myy Mall, Miri

Advertisement
 Set meja makan marmar yang datang dalam pelbagai bentuk dan saiz.
TAHAN LAMA: Set meja makan marmar yang datang dalam pelbagai bentuk dan saiz.
 Pelbagai lukisan cat minyak yang menakjubkan dipamerkan di Myy Mall, Lutong.
TARIKAN: Pelbagai lukisan cat minyak yang menakjubkan dipamerkan di Myy Mall, Lutong.

MIRI: Zenyie Furniture sekali lagi kembali ke Miri dengan menganjurkan pameran perabot marmar dan lukisan cat minyak bertempat di kompleks beli- belah Myy Mall, Lutong.

Sebagai perhentian terakhirnya untuk tahun ini, pameran selama sebulan bermula dari 9 Nov hingga 9 Dis 2018, mempamerkan pelbagai perabot marmar dan lukisan cat minyak.

Bagi para peminat perabot marmar, mereka boleh menemui pelbagai set meja makan marmar yang berpatutan dari harga serendah RM800 sehingga RM8000 dengan saiz dari tiga kaki hingga enam kaki diameter.

Selain daripada bentuk bulat yang biasa, terdapat juga bahagian atas meja yang terdapat dalam bentuk bujur lengkap dengan kerusi.

Antara barang-barang eksotik yang boleh didapati di sini adalah set marmar putih kristal enam kaki yang lut cahaya seperti kristal dari Vietnam.

Selain itu, Zenyie Furniture juga menawarkan set meja makan granit seperti marmar, terkenal dengan ketahanannya.

Kepingan marmar yang digilap dipadankan dengan kayu nyatoh, yang merupakan sejenis kayu keras yang terkenal dengan kekuatan dan ketahanannya.

Kerusi meja makan juga diperbuat daripada kayu nyatoh.

Menurut pemiliknya Ng Kim Hoi, para pelanggan yang membeli set meja makan marmar dengan kayu nyatoh boleh menerima sebuah lukisan cat minyak secara percuma tidak kira harga perabot tersebut.

Beliau berpendapat bahawa set meja makan marmar berkakikan kayu nyatoh sukar untuk ditemui hari ini kerana banyak perabot datang dengan kayu jenis lain, umpamanya kayu getah.

Ujarnya lagi, sejak pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), harga perabot ini meningkat sedikit tetapi beliau berpendapat harganya adalah antara yang paling rendah di pasaran buat masa ini.

Untuk para peminat seni, pasti tidak ketinggalan pameran seni yang mempamerkan banyak lukisan cat minyak ‘Fung Shui’ yang menggambarkan landskap indah gunung, air terjun dan ikan koi yang dipercayai merangsang tuah dan nasib yang baik di ruang rumah anda.

Terdapat juga lukisan yang menggambarkan imej landskap yang menarik, bunga-bungaan dan haiwan yang dijual pada harga yang berpatutan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Ng di talian 019-2746351. Beliau juga menyediakan khidmat penghantaran percuma untuk pelanggan di Miri. Bagi pelanggan dari Brunei, khidmat penghantaran ini boleh diatur dengan membayar caj yang kecil. Kad kredit juga diterima untuk urusan pembelian.

Advertisement