Anda di sini

Jumlah orang hilang dalam kebakaran hutan California meningkat

Advertisement
 Dalam gambar udara ini, sebuah kawasan kejiranan yang terbakar kelihatan                       di Paradise, California, Amerika Syarikat kelmarin. — Gambar AFP
TINGGAL ABU: Dalam gambar udara ini, sebuah kawasan kejiranan yang terbakar kelihatan di Paradise, California, Amerika Syarikat kelmarin. — Gambar AFP

PARADISE: Jumlah orang yang hilang dalam salah satu kebakaran hutan yang paling buruk di California melambung kepada lebih 600 kelmarin selepas mayat tujuh lagi mangsa dijumpai penyelamat.

Pihak berkuasa berkata senarai orang hilang sudah melonjak daripada 300 kepada 631 selepas penyiasat kembali dan meneliti semula panggilan kecemasan yang dibuat ketika kebakaran yang digelar ‘Camp Fire’ di utara California meletus pada 8 November lepas.

“Saya mahu anda faham bahawa huru-hara yang kita tangani adalah luar biasa” ketika kebakaran itu berlaku, kata Syerif Butte County Kory Honea kepada wartawan, untuk menjelaskan jumlah baharu yang begitu tinggi sekali bagi orang hilang.

Tujuh mangsa tambahan menjadikan jumlah orang yang maut dalam kebakaran ‘Camp Fire’ seramai 63.

Sekurang-kurangnya tiga orang lagi mati di selatan California dalam satu lagi kebakaran yang digelar ‘Woolsey Fire’, yang menjilat beberapa bahagian di Malibu dan memusnahkan rumah beberapa selebriti.

Presiden Donald Trump dijadual melawat negeri barat itu pada Sabtu untuk berjumpa dengan mangsa kebakaran hutan yang dipercayai menyebabkan paling banyak kematian dan kemus-nahan dalam sejarah negeri tersebut.

Ramai mangsa dan ratusan orang yang hilang dalam kebakaran ‘Camp Fire’ adalah warga emas yang tinggal di bandar Paradise, Butte County, di lembah pergunu-ngan Sierra Nevada.

Mereka dipercayai tidak dapat melarikan diri daripada kebakaran yang merebak dengan begitu cepat atau terperangkap di dalam kereta ketika mereka cuba menye-lamatkan diri.

Honea berkata jumlah orang hilang kemungkinan akan turun naik apabila orang menelefon untuk melaporkan anggota keluarga yang tidak dapat dikesan atau dijumpai masih hidup.

“Jika kita semak senarai itu dan melihat nama anda, atau nama seorang rakan atau anggota keluarga, sila hubungi untuk memaklumkan kami,” katanya.

Penyiasat kelmarin me-ngumpul sampel DNA daripada saudara-mara untuk membantu mengecam mangsa manakala ratusan kakitangan penyelamat dan anjing pengesan berusaha untuk mencari mangsa lain.

Pihak berkuasa berkata seorang penjenayah yang dikehendaki polis terbunuh di dalam zon evakuasi kelmarin selepas terbabit dalam satu insiden kejar-mengejar dengan polis.

Lelaki itu dikehendaki kerana melakukan dua pembunuhan pada 2014 dan dilihat berkhemah di dalam keretanya selama tiga hari.

Setiap rumah di Paradise, yang terletak 130 kilometer ke utara ibu kota negeri Sa-cramento, dimusnahkan oleh kebakaran, yang ditiup oleh ribut kuat.

Pasukan pencari mayat menjalankan kerja pemeriksaan yang teliti ke atas rumah yang terbakar untuk mencari mayat di bandar tersebut dan meneliti kereta rentung yang banyak tersadai di jalan raya.

Kematian sebanyak 63 yang dilaporkan dalam kebakaran ‘Camp Fire’ menjadikannya kebakaran hutan yang menyebabkan paling banyak kematian dalam sejarah California, dan ia juga menjadi kebakaran yang menyebabkan kemusnahan paling buruk.

Jabatan bomba California (Cal Fire) kelmarin berkata kebakaran ‘Camp Fire’ sudah memusnahkan 56,655 hektar dan 40 peratus sudah terkawal.

Ia berkata hampir 5,500 anggota bomba sedang berusaha untuk memadamkan kebakaran dan ia dijangka tidak akan terkawal sepenuhnya selama dua minggu lagi.

Kebakaran ‘Camp Fire’ sudah memusnahkan lebih 8,650 rumah keluarga dan 260 bangunan komersil, kata Cal Fire.

Kebakaran ‘Woolsey Fire’ memusnahkan 39,660 hektar) dan 62 peratus terkawal. Ia dijangka terkawal sepenuhnya pada Isnin ini.

Pihak berkuasa berkata suhu lebih sejuk dan angin lebih tenang telah membawa kelegaan yang dialu-alukan oleh kru bomba.

Beberapa selebriti kehila-ngan rumah mereka di Malibu disebabkan oleh kebakaran Woolsey, termasuk Pierce Brosnan, Miley Cyrus, Neil Young, Robin Thicke, Shannen Doherty dan Gerard Butler. — AFP

Advertisement