Anda di sini

Turki seru siasatan antarabangsa ke atas pembunuhan Khashoggi

Advertisement
 Seorang penunjuk perasaan membawa poster dengan gambar Khashoggi                di luar konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki pada 25 Oktober lepas. — Gambar Reuters
TURUT BERSIMPATI: Seorang penunjuk perasaan membawa poster dengan gambar Khashoggi di luar konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki pada 25 Oktober lepas. — Gambar Reuters

ISTANBUL: Turki kelmarin menyeru bagi satu siasatan antarabangsa mengenai pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada bulan lepas.

“Pada peringkat sekarang kami percaya satu siasatan antarabangsa harus dilakukan,” Menteri Luar Mevlut Cavusoglu dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Anadolu yang diuruskan oleh negara.

Khashoggi, 59, seorang penulis ruang Washington Post dan pengkritik Putera Mahkota Mohammed bin Salman, telah kali terakhir dilihat memasuki konsulat negara itu pada 2 Oktober bagi mendapatkan dokumen untuk perkahwinannya.

Media Turki telah menyiarkan maklumat menggerunkan mengenai pembunuhan. Me-nurut seorang pendakwa raya Turki, beliau telah dicekik dan dikerat-kerat sejurus selepas beliau melangkah masuk ke dalam konsulat tersebut.

Selepas penafian berulang-ulang kali, Arab Saudi akhir-nya mengakui Khashoggi telah dibunuh di bangunan tersebut namun mempersalahkan ia terhadap satu operasi “penyangak”.

Turki pada mulanya meng-utamakan kerjasama dengan Arab Saudi, dan pada bulan lepas Riyadh menghantar ketua pendakwa rayanya ke Istanbul untuk rundingan  dengan pihak berkuasa Turki serta bagi memeriksa konsulat itu – lokasi kejadian pembunuhan.

Bagaimanapun pihak ber-kuasa Turki menimbulkan keraguan mengenai sama ada Arab Saudi telah sanggup untuk bekerjasama sepenuhnya dalam siasatannya.

“Pada mulanya, kami me-nyatakan kami telah membentuk sebuah kumpulan kerja dengan Arab Saudi dan bahawa kami tidak mempunyai rancangan untuk membawa kes pembunuhan itu ke mahkamah antarabangsa,” kata Cavusoglu di parlimen.

Namun beliau menambah bahawa itu bukan kesnya lagi, dan pihak kerajaan sekarang mempercayai satu siasatan antarabangsa adalah pen-ting.

“Kami akan melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk mengetahui dari semua aspek mengenai pembunuhan ini,” kata Cavusoglu.

Ankara telah berkongsi rakaman suara dikaitkan de-ngan pembunuhan dengan beberapa negara termasuk Arab Saudi, Amerika Syarikat dan sekutu Baratnya. —  AFP

Advertisement