Anda di sini

Perancis ‘bimbang’ mengenai kesihatan tebusan di Mali

Advertisement
 Gambar serahan tanpa tarikh ini menunjukkan Petronin (kiri) ketika                 menjalankan tugas di Afrika pada 26 Disember 2017. — Gambar AFP
KESIHATAN MEROSOT: Gambar serahan tanpa tarikh ini menunjukkan Petronin (kiri) ketika menjalankan tugas di Afrika pada 26 Disember 2017. — Gambar AFP

PARIS: Kerajaan Perancis kelmarin berkata ia berasa “sangat bimbang” mengenai Sophie Petronin, seorang tebusan berusia 73 tahun di Mali, selepas sebuah video baharu di mana penculik menyatakan kesihatannya semakin merosot.

Sebuah video selama tujuh minit mengenai pekerja kebajikan itu telah dikeluarkan pada Jun dan menunjukkan beliau yang sangat lemah dan kurus-kering ketika beliau menggesa Presiden Perancis Emmanuel Macron agar membantunya.

Pada bulan ini, penculiknya mengeluarkan sebuah video baharu yang hanya menunjukkan beliau dalam sekeping gambar, menambahkan kebimbangan di kalangan pegawai Perancis hampir dua tahun selepas beliau dijadikan sebagai tebusan.

“Ia adalah dengan perasaan sangat bimbang bahawa kami telah dimaklumkan mengenai satu kenyataan yang disiarkan pada 11 November oleh penculik mengenai Sophie Petronin,” kata jurucakap kementerian luar negara Agnes von der Muhll.

“Kami mengambil serius dakwaan mereka bahawa kesihatan rakan kami telah merosot.”

Von der Muhll menyeru “pembebasan Petronin de-ngan segera atas sebab-sebab kemanusiaan yang jelas”, sambil menambah bahawa Perancis akan “terus bertindak dengan keyakinan dan komitmen untuk mencari beliau secepat mungkin”. — AFP

Advertisement