Anda di sini

Sesi pemilihan pemain Sarawak 21 November ini

Advertisement
Jefry Lana
Jefry Lana

KUCHING: Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akan mengadakan sesi pemilihan pemain untuk mewakili pasukan Liga Premier Sarawak musim 2019.


Setiausaha Agung FAS, Jefry Lana hari ini berkata sesi pemilihan secara tertutup itu akan bermula pada 21 November hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.


Katanya, venue sesi pemilihan itu juga akan diputuskan sendiri oleh jurulatih dilantik meskipun pihaknya telah menempah Padang C, Petra Jaya bagi tujuan tersebut.


“Sehubungan itu, setiap ahli gabungan perlu menghantar tiga pemain terbaik yang telah dinilai oleh ketua unit kejurulatihan di setiap bahagian masing-masing.


“Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya di talian 016-7113829 atau jurulatih, Mohamad Safri Amit (013-5608155) dan Edward Jamid Unting (019-3395288),” katanya.


Menurut Jefry, pemain dari luar Kuching akan menginap di Hotel Samudera.


Katanya lagi, sesi pemilihan pada 21 November kelak akan bermula jam 4.30 petang.
 

  • oleh
  • Advertisement